Monday, 6 November 2017

JSU: Jabatan Smart Group dan Usrah

Memperkenalkan diri sendiri, aku Nurizzati Aisyah, ahli Jabatan Smart Group dan Usrah di sebuah organisasi namanya Rakan Masjid UTP.

Aku berusia 21 tahun, jurusan kejuruteraan kimia, the moment when I am typing, I am third year 2nd semester. Dulu sekolah kat Ipoh: Sekolah Raja Perempuan Taayah. Sebuah sekolah agama yang ambil aliran Azhariyah. Mengenal usrah sejak usia tingkatan satu, dan suka usrah.

Penting untuk pembaca tahu latar belakang saya, sebab sesetengah orang ada beberapa jenis pandangan yang stereotype. Contoh:

"Budak engineering punya view usrah lain daripada budak pure agama.."

"Budak UIA punya usrah lain dengan budak UTP mahupun MMU.."

"Cara fikir, budaya berlainan dari tempat ke tempat lain.."

"Background sekolah agama lain daripada background sekolah biasa.."

Kalau ikutkan, stereotype ni tak bagus, tetapi mungkin stereotype ini mempengaruhi daya dan cara fikir tentang usrah. Maka, mungkin korang yang mempunyai latar belakang yang sangat lain daripada saya akan rasa lain baca entri-entri usrah saya yang seterusnya.

Namun begitu, aku ada satu kepercayaan bahawa perbezaan pendapat dan cara fikir akan menatijahkan satu idea yang bernas lagi menarik.

-------------------------------------------
Tujuan sebenar aku menulis benda ni adalah aku berhasrat untuk mengekspreskan idea dan thoughts yang selalu berlegar-legar di kepala aku tentang usrah. Kebelakangan ini ada beberapa isu yang membuatkan aku terfikir: Usrah Gen Z, usrah di zaman moden, apa yang dikekalkan dan apa yang boleh difleksibelkan, etc.

Dalam JSU, aku berminat dalam bidang pembinaan nuqaba. Atau pembinaan fasilitator. Kerja yang sangat complicated tapi tak tahu aku suka. Aku banyak idea tetapi aku dan ahli JSU tak mampu nak execute banyak-banyak idea sebegitu dalam satu-satu masa yang singkat. 

Aku menulis di sini, aku harap aku mampu memberi inspirasi kepada nuqaba-nuqaba/fasilitator-fasilitator/mentor-mentor di luar sana yang ketandusan idea: nak buat apa dalam usrah, macam mana nak buatkan usrah jadi menarik, dan sebagainya

Tulisan aku mungkin selalunya random pasal usrah, atau tersusun.