Wednesday, 30 November 2011

Asas Mengait Jarum Satu [Basic Crochet For Beginners]:Double Crochet

~BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

Image Detail
~double crochet yang dah siap~

kita dah belajar:
*slip knot
*chain
*single crochet
*half double crochet

sekarang ni:double crochet

*sambil-sambil tu, dengar-dengarla dia cakap apa*

Diagram 1 double crochet
tu, nampak tu, masuk kat chain yg keempat~
Diagram 3 double crochet
Diagram 4 double crochet
Diagram 5 double crochet
pastu, buatla sampai habis, macam kat atas tu
Diagram 6 double crochet
kalau nak sambung ke atas[macam rajah atas nih],pusing kerja kita ke belakang, lepas tu, buat 3 chain, kemudian teruskan double crochet~

kalau perasan kan, double crochet lebih kurang je dengan single crochet dan half double crochet~konsep yang sama, tapi gulungan benang yang first-first tu je lain~

begitu juga dengan yang kita akan belajar, treble crochet, lebih kurang je konsepnya~
sebab tu saya kata, kuatkan asas dulu, insyAllah yg lain-lain teguh~

asas seterusnya:treble crochet, insya Allah!

Thursday, 24 November 2011

Asas Mengait Jarum Satu [Basic Crochet For Beginners]:Single Crochet

~BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

Image Detail
~satu single crochet yg baru siap~

ok, kita teruskan selepas buat chain
chain tadi jangan bukak balik, sebab kita akan buat single crochet melalui chain tadi

cara nak buat single crochet:
**dye cakap: cucuk jarum kat lubang chain yg kedua, macam gambar kat bawah ni
cucuk jarum kat lubang yg ke-2, macam kat atas tu [yg hujung arrow tu tunjuk]

bawah ni: cara-cara single crochet
Basic Crochet Stitches - Single Crochet

saya wish slamat berjaya
buat hati-hati ye?
baca Basmalah dulu sebelum start!

asas seterusnya:half double crochet

~TO BE CONTINUED, INSYALLAH!~


Asas Mengait Jarum Satu [Basic Crochet For Beginners]:Chaining

~BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

Image Detail
::chain::

chain menyerupai bentuk dandan
merupakan langkah yang paling asas
kalau x lepas yang ni tak boleh proceed yang seterusnya
berlatih sampai chain jadi cantik macam kat atas
berikut langkah nak membentuk chain~
video di bawah akan ajar sekali cara nak pegang benang dan jarum


yg bawah ni gambar cara nak chaining:
Basic Crochet Stitches - Chain Stitch
**kesilapan yang selalu sahabat saya buat ialah cangkuk benang ikut BLAKANG**
**sepatutnya cangkuk benang ikut depan~**
dan pegang benang btul-btul bawah loop [lubang benang tu]
majoriti projek untuk mengait dimulaikan dengan CHAIN
sebab itu adalah dasar dia
sebab itulah kena mahir chain baru boleh buat bende lain
perkukuhkan asas dahulu, baru yang lain teguh-insyAllah!

asas seterusnya:single crochet

~TO BE CONTINUED,INSYALLAH!~

Wednesday, 23 November 2011

Asas Mengait Jarum Satu [Basic Crochet For Beginners]

~BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

 
ada ke sesiapa yang nak belajar mengait??
takpe, biar saya yang ajarkan~
ilmu saya tak la cukup tapi saya suka ajar orang basicnya!

::PENGENALAN::
mengait ada dua jenis :
1.mengait jarum satu
2.mengait jarum dua
mengait jarum satu dalam bahasa Inggerisnya : CROCHET
mengait jarum dua dalam bahasa Inggerisnya : KNITTING
crochet tak sama dengan knitting~
saya boleh ajar crochet tapi x boleh ajar knitting
sebab saya baru belajar knitting lebih kurang sebulan yang lalu daripada sahabat saya~
[smoga Allah merahmati sahabat saya selalu]
saya belajar crochet 2 tahun yang lalu daripada makcik saya~
[smoga Allah merahmati makcik saya selalu]
dan saya sendiri takde alatan knitting

saya nak turunkan ilmu saya melalui blog atas saranan sahabat saya di sekolah
kmu patut buat blog untuk ajar mengait

nak buat apa-apa kena mantapkan asasnya dahulu~
°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°°


untuk memulakan mengait, kita kena buat 'slip knot'
ad banyak cara nak buat slip knot
berikut adalah cara paling mudah yang pernah saya jumpa:

[minta maaf : pencahayaan tak cukup]

xpun yang ni:


alatan: benang kait(yarn) [x kesah warna apapun]
jarum kait [yang ada cangkuk kat hujung, xkesah la saiz apapun]
saya pakai jarum saiz 3
byk jasa jarum tu, sampai karat-karat! :)

~SELAMAT MENCUBA~

asas yang seterusnya :chaining[bahasa melayunye: tali air]
chain ada menyerupai dandan

~TO BE CONTINUED, INSYALLAH!~