Tuesday, 16 September 2014

Contoh Karangan SPM: Ciri Ciri Remaja Berpatriotik

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum and good day :D

I would like to share this essay a long time ago after SPM but I keep forgetting to update.  

A little bit about this essay:
I'm not an essay warrior huhuhu. I faced a lot of difficulties in studying languages since I was primary school, the English and bahasa. In fact my essay in trial PMR was the worst I just got 15/40. I wrote this essay when I was facing my trial SPM 2013 (trial SPM prepared by Sek Raja Perempuan Taayah Ipoh) I wrote it from my heart, and unexpectedly my teacher Cg Azah praise my essay until she asked my friend to read it at front of my class. *malu siaaa* Btw for my juniors' information she marked our papers. I just want to help you guys in your SPM and hopefully it will help a little bit.

Btw, I wrote back this essay to my blog as for appreciation for my BM teachers, Cg Ya(F4) and Cg Azah(F5), and also to appreciate myself for beat the subject :)

Please take note the highlighted and coloured fonts one:
Blue: quotes
Bold: figures name
Yellow: point
green: most love quotes *hehe*

°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°° °°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°° 
Bahagian B: soalan 1
 
    Hayatilah kata-kata Presiden Indonesia yang pertama , Soekarno, "berikanlah aku sepuluh pemuda yang waja, pasti aku mampu menggegarkan dunia". Kata-kata yang menggegar setiap jiwa di Indonesia sepatutnya kita renungkan bahawa pentingnya remaja yang berkualiti untuk menerajui negara. Sejarah Islam menunjukkan bahawa remaja yang waja adalah tonggak Negara. Hal ini dibuktikan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh ketika menakluki kita agung Kristian Konstantinopel pada usia 20-an. Tokoh ini menunjukkan semangat ghazi yang tinggi dan berjiwa patriotik untuk mengembangkan empayar Turki Uthmaniah walaupun ketika usia yang amat muda.
 
    Untuk menjadikan setiap jiwa remaja kini sewaja Sultan Muhammad Al-Fateh, patriotism perlu ditanam sedalam dalamnya ke dalam jiwa remaja. Antara ciri remaja yang berpatriotik ialah remaja yang sangat menyanjungi dan menghargai pemimpin negara dan menjadikan kepimpinan mereka contoh ikutan remaja. Individu remaja tersebut mampu menyebut jasa-jasa tokoh seperti Dato' Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan Tun Dr. Mahathir dan mengetahui beban dan kesusahan yang dialami oleh mereka.
 
    Selain itu, ciri-ciri remaja bersemangat patriotik ialah remaja yang menghargai sejarah. Sejarah yang dipelajari di kelas dan kuliah bukan untuk peperiksaan tetapi adalah untuk dikaji kesan dan akibat pada diri kita dan dunia. Remaja yang bersemangat patriotik meneladani intipati sejarah, sebagai contoh, menidakkan kehadiran kuasa asing untuk menjajah. Remaja yang berpatriotik tidak akan membiarkan sejarah berulang, walaupun dengan penjajahan minda oleh Barat.
 
    Seterusnya, remaja yang bersemangat patriotik ialah remaja yang bijak memilih haluan dengan tidak terjebak dengan segala jenis penjajahan Barat terutamanya penjajahan minda. Remaja yang mempelajari tujuan Pan-Islamisme pada suatu masa dahulu hendaklah bijak menangkis segala anasir Barat seperti hedonism yang melampau dan berpakaian seperti Barat. Remaja yang berpatriotik tidak akan dijajahi mindanya kerana menyedari penjajahan minda menyebabkan kelunturan budaya Timur yang bersopan santun dan bertatasusila. Ibu bapalah yang memainkan peranan ini untuk mengelakkan anak-anak daripada penjajahan moden, bak kata pepatah, "kalau melentur buluh biar dari rebungnya".
 
    Selain itu, ciri-ciri remaja yang berpatriotik ialah remaja yang sedia berkorban untuk mempertahankan negara daripada dicerobohi oleh kuasa asing sama ada dari segi mental atau fizikal. Tenaga dan kecekapan pada usia remaja adalah pada tahap yang terbaik. Remaja yang berjiwa patriotik ialah remaja yang sedia berkorban menjadi pemikir untuk menjulang nama Malaysia di persada antarabangsa. Kini, hubungan tanpa sempadan memudahkan remaja mempertahankan negara daripada pencerobohan pencerobohan minda seperti penulis-penulis blog dan motivasi seperti Hilal Asyraf, Mat Luthfi, Afdholul Rahman dan barisan Imam Muda mewakili para belia Malaysia untuk mempertahankan Negara daripada penjajahan minda. Golongan-golongan ini cekal menutup minda rakyat Malaysia daripada terjebak ke lembah gejala sosial, bak kata pepatah, "biar putih tulang, jangan putih mata".
 
   Akhir sekali, remaja yang bersemangat patriotik ialah remaja yang mempunyai pemikiran yang matang dan berfikiran jauh. Remaja yang berpatriotik tidak sepatutnya memikirkan apa yang disumbangkan oleh negara kepada kita, tetapi  tepuklah dada, tanya pada minda, apa yang telah aku sumbangkan kepada negara? Antara contoh remaja dahulu yang memberi sumbangan pada agama ialah Saiyidina Ali (**please refer to teacher about this spelling**) , sahabat Rasulullah yang sanggup menggadai nyawanya di tempat tidur Rasulullah walaupun ketika itu usianya masih kanak-kanak. Remaja yang berfikiran matang tidak akan mementingkan keseronokan diri, sebaliknya memikirkan perjuangan untuk negara. Untuk membentuk pemikiran yang matang, kesungguhan dalam menuntut ilmu adalah penting kerana ilmu penyuluh hidup. Dengan ilmu kita mampu mengangkat martabat bangsa. Ini terbukti apabila Gerakan Islah wujud kerana kesedaran daripada golongan intelektual yang berpendidikan tinggi.
 
    Kesimpulannya, ciri-ciri remaja yang berpatriotik seharusnya ditanam pada setiap remaja kini. Dalam mengharungi arus  modenisasi, peranan ibu bapa adalah penting untuk mencorakkan pemikiran anak-anak untuk bersifat patriotik seperti mencorakkan kain putih. Pepatah falsafah Tao mengatakan "jika ingin hidup setahun, tanamlah gandum. Jika ingin hidup sepuluh tahun, tanamlah pokok. Jika ingin hidup selama-lamanya, tanamlah jiwa manusia". Pepatah ini menunjukkan bahawa penting ciri-ciri remaja bersemangat patriotik ditanam pada jiwa-jiwa remaja bagi memastikan Malaysia terus hidup selama-lamanya.
 
°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°° °°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°°  
** You are adviced to refer to your teachers before you guys take this essay bulat bulat. I'm afraid the marking scheme is updated. Again, this essay I wrote in Trial SPM 2013**

 
 
 
 
A bit words from me: Since you guys just finished your trial, I'm quietly sure that you may received some of your results, perhaps all your results. For the those who scores a lot, keep your beat and rhythm maintain till SPM, hopefully the 'beat and rhythm' increases. And for who feel unfortunate in your trial, there have some time to work, keep study and go fight for it! And manage your remaining time for your SPM. Stay tough, keep calm and study. And don't forget you prayers ! :)

**gula gula untuk adik adik taayah terutamanya. Tetiba harini terindu teringat RBBB 2012. eh, Aisyah Bilik B haha. All the best korang :)**
 
20 Zulkaedah 1435 H