Ketika itu tahun 2010.
Aku masih ingat lagi, usia aku yang baru jejak tingkatan 2 itu baru nak aktif bola jaring di sekolah.
Teringat dahulu senior-senior yang gigih ajar kami teknik-teknik dalam permainan bola jaring.
Cuma anehnya bola jaring di sini, kami mula main dengan al-fatihah dan al-mathurat, tutup dengan tasbih kafarah, rabitah hati dan tazkirah.
Kemudian diikuti dengan dinner sama-sama.
Menjadi keanehan pada budak taayah, junior makan sekali dengan senior pada ketika itu.
The result is, hubungan kami menjadi rapat, seakan rindu gila nak turun main netball.
Perkara itu menjadi budaya di court ni selama, cuma setahun itu sahaja.
Menginjak tahun 2011 dan seterusnya, senior-senior tersebut sudah bergraduasi. Bila mereka bergraduasi, tiada lagi mathurat di court, tiada lagi rabitah hati etc. Entah mana hilang semua itu
Bila giliran aku naik jadi senior, ada mulut-mulut yang throwback benda tu dan teringin sangat nak buat semula, entah kenapa, masing-masing tiada kekuatan nak mulakan.
Cuma budaya rabitah hati tu masih ada.
Aku mula mempersoalkan, ke mana pergi keberhasilan 'tarbiyah-tarbiyah' ringkas di court....
Tahun 2016, aku dah jadi alumni. Entah kenapa Tuhan ilhamkan teammate aku untuk berkumpul. Which is, agak impossible untuk alumni buat gathering semata-mata nak main netball.
Aku dulu tak suka sangat teammate aku sebab aku bukan sekepala dengan dyorang. Tapi entah, jiwa aku sangat enthusiast nak gather sekali dengan dyorang.
Mungkin berkat doa rabitah dahulu.
Tetiba harini pulak, nak gather + with usrah. wait, what? Kawan-kawan aku dulu bukan geng BADRI mahupun KP. MashaAllah
Kadang-kadang, kalau jumpa junior netball yang dah tak kenal, dyorang akan terdengar-dengar cerita kakak-kakak dulu ada amalan-amalan yang mereka jaga, itulah kekuatan kami.
Afiqah cakap, akak adalah antara orag yang sangat sayang sekolah, walaupun dah third year.
Aku pun hairan sebenarnya.
Dulu kecik-kecik, dah kenal agama, kenal usrah, kenal mathurat kat court , etc. Lepas tu masuk UTP, jumpa permata pulak. My development continues, being stronger year by year.
Throwback and appreciate what I have really makes me feel grateful on everything that I have :')
Thank you Allah for everything
0 positive feedback:
Post a Comment