Showing posts with label coretan jalanan. Show all posts
Showing posts with label coretan jalanan. Show all posts

Sunday, 21 June 2015

Projek Kopiah Amal Palestin

Hai hai Assalamualaikum :)

Salam Ramadhan 1436 H.

Keadaan diri ini yang kerja sehari hari nya study, mengait main, candy crush, netballing dan beribadah membuatkan diri ini susah nak berkesempatan untuk update blog. Sebab kerja updating blog ni dalam kategori important but not urgent.

Kalau dah tak urgent tu, bertangguh tangguh pun takpe kan? hihi x)

Tersebutlah kisah, masa cuti sem lepas aku dapat offer mengait kopiah secara berjemaah untuk memenuhi tempahan Aman Palestin, tempahan kena siap sebelum puasa. 

Aku terima tawaran kak lina dengan hati eksaited kerana:

1. Aku tengah cuti sem
2. Kak lina kot yang offer, bukan aku yang cari dia, dia cari aku. FYI, kak lina ni famous sangat dengan kait kait kopiah ni. Antara otai malaysian crocheter. I feel honored to accept her task

Dipendekkan cerita, sorang kena kait 80++ kopiah dalam jangka masa kurang daripada dua bulan.

Setelah berjanji dengan dia, dan bermati matian mencari amure hook 2.3 mm, maka aku mulakan kerja dengan bismillah.

Cuti sem memang aku merempit buat kopiah je, sampai orang sekeliling aku dah bosan nengok teman ni hah. hahahaha. Deme tak kait deme yang jemu. Tak paham aku.

Team yang buat kopiah tu kebanyakannya terdiri daripada ibu ibu, yang kebanyakannya surirumah.

Kait kopiah banyak banyak ni memang terasa kena uji. Tapi takpe, la yukallifullahu nafsan illa wus'aha. Allah takkan menimpakan ujian kepada seseorang kecuali dengan kemampuannya.

Aku bujang lagi, takde suami anak nak kena jaga. Tapi aku student. Maka aku teruji dengan jadual jadual sebagai seorang student. Cuti sem boleh la siang malam tergolek golek dengan kopiah amal ni, tapi bila masuk sem baru, tambah pulak baru masuk undergraduate, tergolek golek aku dengan study quiz assignment lecture aaaaaaa (&^&*#$##!!!) *ttibe

Dan alhamdulillah, sepanjang projek ni berjalan takde satu hari yang jatuh sakit. Just sakit sakit tangan mengait. 

Aku tengok kalau kakak kakak yang lain, mereka ni teruji dengan kehidupan urusan seharian mereka: nak jaga anak anak, jaga makan suami, yang bekerjaya lagi. Peh peh memang perform la dyorang ni. Tepuk tangan *takde emoji tepuk tangan x)

Memang la kak Lina selalu kata kat fb: kalau ada problem cakap yee. Tapi aku taknak la cakap macam aku la paling teruk paling problem kat group tu. 

Sebab aku percaya: la yukallifullahu nafsan Illa wus'aha

Ada satu week tu memang aku stress gilerr, dah la aku tak reti nak expresskan ke stresan aku tu kat orang lain, sebab saya ni heartlesss orang nye, melancholic+sanguine. Plus with kuiz Physical Chemistry fail jawab haritu --'

Last-last mengadu kat sorang sahabat ni:

"weyy aku stress la masuk first year T.T"

Aku suka satu quote dia ni:
"Walau tipis mana pun probability, teruskan lawan dan berjuang....."

Memang kena dengan projek aku ni. Due date nak dekat. Aku tau kopiah tak boleh siapkan habis sampai tempoh due date tu. Tapi aku kena kait jugak, no matter what happens.

Dan akhirnya pada 12 Jun, siap lah kesemua 86 helai kopiah tu. Takbirrr :'D Pada weekend tu, aku main boling dua kali, sabtu + ahad. Banyak duit habis. Rasa macam victory pulak dah habis siap semua. 

Walaupun aku punya dah siap, tapi yang susah hati gila waktu tu adalah kak lina. 

Aku ummm tak mampu nak tolong dah. huhuhu. Tapi aku terpike susah hati dia tu macam mana ya, cam teruk jep.

Dia dah menaruh percaya kat orang yang dia pilih, tapi ada yang tak hantar langsung, ada yang tak siap. Macam macam ragamla. Aku nak join membebel kat group tu, aku orang paling muda, so aku baca je. Nanti ape pula deme kate.

Anyway anyhow, ada banyak benda la aku belajar daripada projek ni:
1. Aku tau kod warna yang paling sesuai untuk warna Gaza. Selama ni kait cover quran main taram je bubuh warna.
2. Aku belajar susun masa, walaupun yang sebenarnya everything dah kelaut
3. Tak lupa juga, aku belajar multi tasking. Sambil dengar lecture boleh kait kopiah. *ini tak bagus k
4. Yang paling penting, aku belajar untuk taat + wala' + tepati janji. Jangan jadi orang yang tak menepati janji

One more thing yang aku belajar:
Teringat lecturer pernah cakap: Negara akan collapse sebabkan kamu yang tak dengar cakap.
Kalau kita student ni still bermain-main, tak disiplin, tak reti urus masa, tak menepati janji, susah bekerjasama, nanti bila masuk alam pekerjaan runtuh syarikat tempat ko bekerja tu. haaa. Pengalaman mengait ni memang aku rasa la, kalau aku tak disiplin, kait kopiah main-main, aku merosakkan projek Aman Palestin sebenarnya. Projek Aman Palestin tu untuk orang-orang palestin, which is orang yang urgent untuk dibantu.

Tu je lah nak bebel bulan bulan puasa ni xD

Semoga Allah berkati urusan kopiah amal kita.

Sollu alannabiy

Ramadhan 1436 H

Sunday, 8 June 2014

Tribute to MY LOVE #PESP2014

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum :')


Aku mendapat pendidikan menengah di sekolah SMAN Perak, Sekolah Raja Perempuan Taayah. Urm, bukan lah gah macam SBP, MRSM, Cluster Schools, Vocational, dll. Dan, sekolah ni taklah serba serbi cukup seperti sekolah2 itu, namun aku bersyukur walaupun masalah kekurangan guru masih tak selesai, namun mereka sangat komitmen mendidik kami dan masih terus gagah mengajar 9 subjek PMR, 12 subjek SPM, Idadi, Thanawi and most crucial tahfiz.

Quite lot right? Itu sebab mereka hebat ! :D

What I'm really proud of this school is, aku rasa seperti sekolah ini medan yang sesuai untuk tunjukkan Islam itu yang tertinggi, kerana kurasakan tempat ini cukup pakej dengan akademiknya, sukannya, tahfiz, kokurikulum especially the young scientist, YS really makes Islamic Schools proud ! Even sukan tak la sehebat sekolah sukan, even akademik tak la mcm SBP, tapi aura berjuang atas nama sekolah agama tetap terasa.

And, I'm a part of that team : the LAGENDA, the Silat and the Young Scientist. It's so hard for us as we have no coach, no appropriate labs but rahmat Allah tu selalu datang.

Bak kata kak syiqin: Allah tu selalu je nak sentuh kite, kite je tak sedar T.T

#macam diskrimasi pulak huhu sorry tapi ni la yang aku rasa

After I got my excellent 12 A's, I tried to seek for scholarships. You know what, rasa berdebar tu semacaaaam sangat. Sebab org di sekeliling aku hebat hebat. Sampai kekadang rasa putus asa tu selalu ada.



Aku, hakikatnya tak hebat pun. Terasa rendah diri sesangat bila terima award ni. Niat aku berdiri di sini hanya untuk menunjukkan student dari sistem sekolah agama juga mampu berdiri bersama-sama sahabat-sahabat dari sekolah ternama. Aku tak segan silu menerangkan status sekolah ku kalau waktu taaruf, kawan-kawan taktau apakah Sekolah Raja Perempuan Taayah itu.

Sekali lagi, hakikatnya aku tak hebat pun. Aku terima penajaan ini bukan kerana usaha tanganku, bukan kerana aku ni pandai. Hakikatnya gerak geri langkahku semua dalam setiap doa ibu bapaku. Selain tu, tanpa guru ku, murabbiku, memang aku tak kemana. Sungguh, aku menyayangi mereka, dan aku taktau macam mana aku nak lahirkan maksud 'terima kasih' setiap kali aku berjumpa dengan mereka.


Sahabat-sahabat 49, yang memaknakan 5 tahun kehidupan di Bumi Barakah. Tak lupa jugak senior yang selalu nasihat, adik-adik yang selalu mengirimkan kata kata semangat. You girls complete me a lot :D

Dan, team kesayanganku LAGENDA, silat and YS, tanpa korang, langkahku tersekat.


When I got the offer from PETRONAS, I was quite, thinking.

You know what, daripada 9000 application online, 1500 di shortlist interview, hanya 350 yang dipilih untuk terima award ni. Yang hadir award ni 252 pelajar. Ya Allah alangkah bertuahnya!

Nikmat apa lagi yang hendak didustakan? Subhanallah terharu. Dan aku sangat terharu bila teringat orang2 di sekeliling aku.

Tadi, waktu award ceremony tadi, aku tengok muka parents aku excited sesangat. Tangkap gambar sana sini. Ramah ngan semua orang. Mungkin mereka rasa bangga tak terkata. Aku terpike gak apa lah yang mereka rasa selaku orang tua yang punya anak berjaya :')

Anyway, aku cerita semua detik ni, aku nak cakap yang aku tak bangkit sorang. Dan aku nak tunjukkan Islam tu yang tertinggi.




 


9 Syaaban 1435 H

Saturday, 21 December 2013

EDUCAMP 2013: January 2014 intake

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum :)

*edited on 11 nov 2014*

16 December 2013.

What is educamp?

Sebenarnye bendenye interview untuk kemasukan UTP bagi sesi Januari. Kalau yang jenis jenis taknak duduk rumah lama-lama or nak ngelat PLKN haha (mane la tahuu) boleh la nak apply dengan syarat result trial kena sekurang-kurangnya C bagi subjek BM, BI, Maths, addmaths, fizik and kimia. Kena apply online lepas dapat result trial kat website dia.

How about me? Kenapa datang educamp? Sebab aku memang lame da berkenan kat engineering. *bak kate sir din, ikot ayah la kannn, haha. Tambah2 pulak aku jatuh hati kat sini lepas gi kem tahun lepas. Nampak gaye cam sesuai je but unfortunately, UTP tak banyak cabang engineering cam UNIMAP. Aku kalau boleh nak biomedical engineering. Ade la ala-ala doktor sikit tapi kat sini takde pun bende tu. So, aku amek chemical as my first choice.

Malam sebelum pergi tu, ade la member aku budak mrsm da siap bagi segala nasihat sebab dia dah pernah interview mara dulu. Thanks a lot la to him, even aku last last nye aku rasa cam tak guna pulak nasihat dia. Sorry.



Dipendekkan cerita, me and my friend apply and alhamdulillah semua lepas dapat interview. 7.30 dah kena gi daftar itu pun dah ramai yang beratur huhu nasib baik Una dah beratur dulu. Maka, aku pun nyelit je la kat barisan Una.

We got tag.





Lepas daftar kat Chancellor Hall, gi masuk dewan dia. Ada taklimat sikit and pendedahan UTP.

Kitorang dah digroupkan A, B, C, D dan E. E je untuk undergraduate yang lain lain tu semua foundation. Aku grup B same like Una and Intan. Tapi aku banyak luang masa ngan Una sebab waktu sesi grouping terpisah ngan Intan juaaa.

Lepas tu, kitorang kena ikut fasi by group naik bas ke blok B kot untuk persediaan interview.


Sebelum pergi bilik persediaan, kitorang ditenangkan dulu oleh student UTP tu. Akak chinese. Baik and peramah. Dia layan je kitorang ni. Macam macam la orang tanye kat dia. Ade sorang abang UTP ni pun calm kitorang. Dia bagi tip tip sikit. Antara salah satu tip interview berkumpulan adalah:


Supports each other. Jangan nak object orang je. Cuba terima pandangan orang lain dan kalau nak object pandangan org kena hormat orang tu

"...... supports each other, and we will be the family of engineers !"

Lepas tu baru gi bilik persediaan. Kat sini kitorang dibahagi grup lagi kecil. Satu group ada 5 orang: either 3 girls 2 boys or 3 boys 2 girls.

Aku Una Intan ape lagi duduk la kitorang bertiga. Tapi Intan kena tukar sebab nak bagi seimbang. It's okay Intan, still ada Una. Hehehe

Kitorang dapat kad. Ala bukan kad pun tapi kertas, tapi dyorang panggil kad. Pape je laa. Aku dapat kad A. Group B dapat tajuk Air Pressure.

Pelikkan air pressure wakaka. Tapi aku pernah survey blog orang dyorang kate air pressure tu bukan ape pun. Dalam description tu sebenarnye nak kate pasal pollution. Setiap kad ade satu recommendation. Aku punye pasal peranan government.

Masuk jumpa interviewer tu bukan sorang sorang, masuk sekali lima lima. Interview individu situ kumpulan pun situ. 

Interviewer tu punye la maha sporting hahaha orang perak jugak. 

"Tell me about yourself"

"my name is Izzati. I'm from Raja Perempuan Taayah. I live with my family at Spg Pulai blablabla..... I'm active in netball, silat and young scienctist. My highest achievement was at IEIK kunshan..............."

Time ni ok la lagi. Bile soh bentangkan recommendation kite tuh, aku da lain macam da.

In fact, rojak terus. Ala panel tu bukan nye nak tengok sangat pun. Baru aku tahuu. Huhuhu.

Pastu baru sesi berkumpulan. Bincang punye bincang punye bincang, tetibe aku kate: What's your opinion about the increasing of petrol's price?

Dyorang cam setuju jugak pasal tuh. **marah orang nanti. haha** Ye laa, nak kurangkan pollution kann. Naik basikal lagi baguih. hehe

Sampaikan bile bentang hasil perbincangan, Syamil yang cakap dulu pasal harga minyak naik. Panel tu terus pukul meja. Nampak beno tak sukenye. wakakaka. Nakal tak kitorang?

Tapi pape pun, panel tu pesan : nobody's right, nobody's wrong

Budak Dubai tu yang lead kitorang. Dia fasih gak la. Tapi tak bajet pun. Rendah diri orangnye. Same jugak ngan Liyana. Alhamdulillah dapat ahli group yang baik baik dan takde sape yang nak tunjuk pandai ke sombong ke. Thanks kat korang :)

**gmba dyorang takde pon**

Lepas habis interview gi makan and solat zohor kat masjid An Nur. *Nostalgia tempat tuh huhuhu*. Then go for CPSQ test kat lab komputer. Lebih kurang macam personality test.

Ni siyes ngantok. Lepas tu bas bawak kitorang balik ke masjid. Dah habis educamp :)

Masa tunggu Una depan masjid, ade budak perempuan senyum kat aku. Lama pulak tu. 

"kite pernah kenal ke? :D"

Ade ke patut aku tanya soalan cam tuh. Haha. Ni junior taayah form 1 laa. Patut la tak berapa nak kenal. Dia datang sini sebab abang dia yang interview. Kan bagus ade junior camni, tegor senior. Tak macam sorang budak tu, kem 4 hari sampai ke sudah tak tegor. Segan punye pasal. Aku yang cari hang kat sekolah :P

Da alang alang ada junior kat sini, aku mintak dia jadi photographer aku dan Una. hehe. Ape guna ade adik? hehehe




Sementara tunggu mama and abah amek, jalan jalan kat masjid tu. Alahai rinduu. Lusa tu ade khemah ibadah cam tahun lepas aku pergi. Tahun ni tak pergi. Duit takdak :P Labur kat lostworld, kawan punye pasal :P

Okay, btw, bnde yg commonly sgt2 calon2 lepasan spm ni riso adalah...

"Tak fasih english la"
"Nervous"
"Takde pengalaman"
"Susah kee?"

....and many more......

Yang sebenarnya, dlu aku pun macam tu. Tak reti speaking dan sebagainya. Aku tak lepas pun interinterview educamp ni sbb nervous. Oleh sbb educamp ni first interview in my life, so aku just amek pengalaman je. Takde la target nak masuk sgt utp tu. 

Kalau tak fasih english, xpe. Kitorng hrtu cakap rojak. Yang penting kena yakin. Dan idea biar logik. Jangan cakap semberono. Yang penting kena relaks. 

Ade sikit tips, bce selawat byk2 and bce ya azim ya jabbar byk2. Hilgkn nervous dlu bru boleh go on interview. 

And...sila baca bahan bacaan banyak2. 

And kne ingat, kalau ada rezeki tak ke mana. Btw, kalo korang nak taw, soalan educamp utp tiap2 tahun bnde yv sama. So korang yg nak g iv utp ni pandai2 la seek soalan drpd blog2 lain.

Lastly. All the best.

~ 16 Safar 1435 H ~

Saturday, 12 October 2013

Walk in UniMAP: Aku Dan Engineering

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaiakum :)


Beberapa minggu sebelum ni, aku ade la dengar-dengar cerita perintis YS ni nak pergi kem kat UniMAP. Form 5 yang dah pencen lama ni dijemput sekadar nak isi kekosongan.

Aku, taknak pergi memulanya. Sebab aku tak nak terlibat ngan YS.

Tapi bila Fathin Mawaddah cerita pergi Padang Besaq, aku kemain setuju nak pergi. Wakaka !

Nampak benar niat tak betul. Last-last niat aku datang UniMAP adalah:

Dengan nama Allah aku datang UniMAP sebab aku nak mengenali U ni, so mudahla aku nak decide pergi engineering or dentistry :)

Kire aku datang bukan sebab aku still nak dengan YS ke hape ke. Tapi aku nak kenal dengan U ni. Kot2 la berkenan boleh la apply.

Dipendekkan cerita, aku pun pergila UniMAP dengan Fathin pada hari Jumaat. 

 Badak2 ponteng kelas. Tak sedar nak SPM :P

Sampai je kat sana, yang sambut kitorang adalah HUJAN. Haha, bukanla, yang sambut kitorang abah Che' Mohammad Ruzaidi, lecturer kejuruteraan alam sekitar. 

Dengan dia la aku pergi China dulu. Rindu.

Pastu kitorang buat pulak reunion ngan anak dia, Athirah Fatini. Seb baik budak kecik ni ingat aku kalau tak aku sekeh hangpa.

Abah :)

Such a beautiful girl :)

Ehemm, notes for sesiapa nak ambil engineering. Hehe.

Mula-mula (bakal) Dr. Faizrul welcome kitorang ke negeri ke-14 terbesar di Malaysia. 

(Cehh, bhajet gilaaa)

Tapi memang patut yang kecil dibesar besarkan, yang besar dikecil-kecilkan.

Kat UniMAP je 58% are women while 42% are men. Nampak gaya girls pun boleh jugak ambil engineering. Bukannye untuk guys je. 

Selama ni aku takut ambil engineering sebab aku takut. Orang kata girls susah sikit engineering ni, kena bersaing pulak ngan laki2. Aduhh. 

Tapi kak Thulasimani cool je siap hantar invention gi China + award lagi. Untung la akak.

And FYI, Tun Dr Mahathir memang menghasratkan negara kita ni jadi negara maju. Untuk majukan negara kita tumpah darah kita ni, Malaysia kena hasilkan 40 000 hingga 60 000 engineer setahun.

Tapi realitinya, Malaysia mampu keluarkan 20 000 setahun. Ada 20 000 kosong, itupun paling minima.

Be the one? Istikharah dulu :)

Jump to UniMAP. Ada apa kat UniMAP? 

Dr. tu tanya: 

Hangpa rase U mana paling besaq?

Aku jawab UIA. Kakak yang cakap okay.

Dr. kata: mana hangpa tau? 

Aku diam.

UniMAP besaq. Ada 30 pintu pagaq.

Sebenarnya UniMAP ni macam merata-rata di Perlis.  Aku anggap jalan2 satu U ni dah macam jalan2 satu Perlis.

Pastu Dr tnye: Hangpa yang nak amek SPM ni lepas ni nak fly U mana?

Aku dengan semangatnye jawab: UTP !!

Kenapa UTP ?

Sebab dalam Perak. Wakaka.

Dr. kate dalam UniMAP ada Perlis. Faham tak? Dalam UniMAP ada Perlis.

Pastu aku tnye:

Kire masuk Perlis ni macam masuk UniMAP la?

Dr. tu mengiyakan. Pastu aku cakap:

Untungla Perlis kecik, tak macam Perak. Sebab tu UTP tak boleh nak kalahkan UniMAP. :P

Kecik-kecik pun hangpa jangan main-main. Perlis ni negeri ke 14 terbesar hang tau tak ?

Yela yela, negeri ke 14 terbesar :P

Ada dua jalan nak masuk UniMAP: lalu Matrikulasi atau pun terus buat diploma. Asasi takde.

Kalau lalu Matriks, syarat minima 2.0, tapi rata-rata pelajar sini 2.7 and above.

Kalau diploma, rata-rata pelajar sini 7 or 8A.

Istimewanya engineering ni, kalau doktor tak boleh engineer, tapi engineer boleh jadi doktor.

Engineer yang ada PhD.

Ni bukan lawak ada PhD ke hape ke. Tapi ni serius boleh jadi doktor. 

Contoh, abang Dr. Faizrul bercita cita nak jadi doktor. Tapi tup tup jadi engineer. Dan sekarang dia menjadi engineer dalam bilik bedah. Dia yang uruskan equipment untuk doktor melakukan kerja kerja pembedahan.

Ada satu program tu namanya biomedical engineering. Program ni masih lagi belajar jantung segala mak nenek tu. Still boleh jadi doktor.



Touchscreen kot.

Then, jalan-jalan tengok library. Library yang awesome. Banyak kemudahan. Best. Aku bawak beg comel aku tu. Ada je akak2 kat library tu tegur2. Hehe. Nak promot tapi tak sempat pulak. Ngengadenye. HAHA.

Next day, slot untuk budak YS. Aku malas nak take note. Just dengar je. Tapi seronok tetap seronok. Sebab aku datang sini nak kenal ngan UniMAP je. Bukan sebab YS.

Tapi ilmu still ambil. Bukan selalu nak tuntut ilmu kat sini.

The last day, abah nak bagi keychain. Satu jenis yang warna warni tu semua dapat. Yang macam motherboard tu calon SPM je dapat.

Abah kate: keychain ni tanda janji korang masuk UniMAP.


Erk? Nak masuk kee? Kalau ada rezeki boleh laa.

Tapi ape-ape pun, aku dah jatuh hati kat enginnering. Aku rasa aku tak berapa boleh biology ni. Aku kalau boleh nak teruskan delegasi mathematics. Mathematics dalam hati :)

Engineer to be huh?

~ 7 Zulhijjah 1434 H ~

Sunday, 28 July 2013

Kunshan Profile

~BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

Assalamualaikum :)

Saje nak share, isu-isu dunia ni sekali sekala kena tahu jugak.

I would like to introduce to you about Kunshan, China. Terletak kat selatan Beijing. Kalau nak pergi Beijing dari Shanghai, kena naik bullet train 5 jam. Tau tak bullet train tuh berapa kelajuannye? 350km/h. Subhanallah laju gile tapi tak terasa apa2. Lajunya menyamai kereta sport kat litar Sepang tu.

Kalau dari KLIA, nak pergi Kunshan kena arrive dekat Pu Dong air port. Pu Dong ni cam nama sungai laa.

Aku pergi 8hb November 2012. Sejuk time tu, lebih kurang 18 degree. 


off to Kunshan !

Our tourist guide, Snow.


Dia yang cerita semua benda kat sini.

-----------------------------------------------------

China ni padat, tapi rasanya paling padat kat Beijing laa. Capital city of China is Beijing, but even Beijing is the capital city, Kunshan lagi tinggi kos hidup daripada Beijing. Hah, kenapa?

Kalau tak silap, sebab Kunshan ni tempat orang berdagang. Sir Chin kata macam Penang kat Malaysia la, dyorang kos hidup tinggi even bukan capital city, sebab perdagangan.

About jalanraya dyorang pulak. Jalannye banyak bertingkat-tingkat, kalau kat Beijing lagi dahsyat. Tak larat tengok tingkat-tingkat dah rupe kek je aku rasa, huhu.

Tapi masa first time tengok takde la nampak jam.

Pastu kalau tengok plat-plat kereta. Plat kereta ada beberapa warna, tapi yang aku ingat sangat warna biru la. Plat warna biru tu untuk kereta biasa. Kalau untuk lori dah lain pulak.

Pastu, kat tepi-tepi jalan mesti ade basikal sewa, warna hijau. Best gile! Rasa nak naik je.

haduhh, murabbiku -,-'

Kalau kat koridor-koridor tepi2 kedai, (koridor ke?) tempat tu memang untuk orang berjalan kaki atau tunggang basikal. Kalau maju sikit naik motor. 

So, jalan-jalan kaki tu janganla conquer jalan, tak pasal-pasal kena langgar ngan orang. 


Ni la contohnya. 

Yang aku perasan, penunggang motor apatah lagi basikal takde pun nak pakai helmet-helmet bagai. Tak payah susah2, dan semestinya takde mat rempit ataupun amoi rempit. 

Pasal lesen pulak, aku tak sure kalau kat Kunshan macam mana. Tapi kalau kat Beijing, seorang pemegang lesen mesti pegang satu kereta je, tak boleh ade dua. Sebab, tempat dyorang dah sesak, kire macam inisiatif kerajaan untuk kurangkan kepadatan penduduk la.

Aku rasa same je la kot ngan Kunshan.

Ok next, about their life.

Kunshan punye kos hidup lebih tinggi daripada Beijing. Kire Kunshan ni macam tempat orang-orang kaya laa. Kalau kat Beijing banyak je orang hidup susah.

Sebab tu orang kate kalau nak shopping, jangan shopping lagi kat Kunshan, shopping kat Beijing. Kat sana murah2 sikit.

Bila kos hidup tinggi, banyak la efeknya dalam hidup dyorang. Yang paling aku suke: dyorang tak pernah pun nak bercouple.

Haaa! Sebab ape? sebab kalo orang bercinta banyak pakai duit. Nak belanja nak beli hadiah lagi pastu topup kredit tanpa henti macam-macam la. Agak membazir laa dah la hidup dyorang mahal apatah lagi nak beli cinta yang mahal, huhu.

So, kalau kahwin, kahwin je laa. Kebanyakannya takde nak bercinta dulu.

Pastu, sebab kan penduduk padat, kerajaan limitkan sebuah keluarga ada sorang anak je. Sorang ke dua orang, tah aku tak ingat. Tapi kalau kat Beijing lain sikit, kalau non-muslim sorang je boleh, kalau family Muslim boleh la nak ada dua.

Kalau terlebih, kena bayar cukai. Susah ada anak lebih, dahla kena cukai, pastu kena tanggung dari kecik sampai besar. Udah le kos hidup mahal.

Dyorang paling suka dapat anak perempuan. Sebab, bile anak perempuan dah besar dan berkahwin, nanti mak ayah dia takkan tanggung anak dia lagi. Kurang la sikit beban hidup.

Penduduk Kunshan tak banyak pun orang Islam. Kat Beijing banyak. Susah sangat nak cari orang Islam, bahkan orang Kunshan pelik tengok kitorang bertudung bersolat. Sebab tak pernah tengok. 

Tapi pernah kitorang jalan2 kat Kunshan waktu malam, kitorang lapar gegile. Tibe2 jumpe la satu family Muslim ni, buat mee handmade. Tiap2 malam pergi situ, sebab tu je makanan yang kitorang boleh makan.


Comel gile baby tuh, huhu.

About languages.

Susah tol nak communicate, seb baik ada sir Chin, dia la tukang translator untuk kitorang. Bak kate sir Din: bagai itik bercakap ngan beruang.


Heh, susah3. Kebanyakan nye tak tau English, dan tak faham english. Kalau kite ni boleh tahan la lagi dengar org cakap boleh la catch up.

Kalau cam Nutty-Notty nak explain, buat demo je deme dah faham. Tapi kalau Green Matbakh susah sikit sebab kena explain banyak sikit. So, urusetia kitorang la yang tolong tulis2kn catatan untuk pengunjung baca dan faham.

Tapi, kalau dyorang nak bertanye, terpaksa la panggil sir Chin kat booth sebelah. 

Ada jugak yang tak reti english tapi nak jugak cakapp ngan kitorang. Peramah orang2 sini, just kasar sikit. Sampaikan ada sorang tu puji attire kitorang sebab tudung. Islam kan cantik, sampai non muslim pun puji cantik, even tak rety cakap ngan kitorang. Dia just mampu cakap, "beautiful"

Tapi, yang aku peliknye, kanak-kanak kat situ boleh pulak cakap2 english ngan kita. Tapi yang basic2 je la macam kanak-kanak kat Malaysia. 

Kalau kita tanye, "what's your name?". Kalau tak malu ngan orang in shaa Allah dy akan jawab.


Siap boleh buat kawan lagi. 

Pastu, ade pulak sorang cina ni, suka gila tengok booth Malaysia. Dia ni pun sama tak rety English, tapi dy ramah gak. Sebenarnya, dia pernah datang Malaysia, tapi tahu 3 perkataan ni je, "makan, tido, nimum" Dy memang pronounce terbalik, lawak3.

Yang aku perasan, Chinese suka ilmu. Aku agak la, dari cara dyorang. Bila dah tibe weekend, parents bawak anak-anak dyorang tengok exhibition. Dan, exhibition yang Kunshan anjurkan ni ada 4 hall besar. Satu hall ni pun tak habis round.

Mungkin sebab dyorang ni senang kot nak bawak, atenye dah anak sorang dua je, senang la nak control.

Masa aku ikut gi rombongan jalan2 Kunshan, ade sekali tu kitorang tak solat lagi. Pastu, cikgu Jaafar mintak break kat penganjur, dia memang bagi. Dyorang tunggu kitorang sampai habis solat.

Sangat menghormati, even solat tepi jalan pun. Siap tunggu kitorang depan bas. 

Bila dah habis exhibition kat Kunshan, kitorang gerak pergi Beijing. Kat sana laaagi la sejuk tahap gaban, cecak negatif kot!

Aku tak pernah merasa duduk kat peti ais. Huhu.

Ade la jugak nampak ais kat jalan-jalan. Tapi salji tak sempat la merasa. Takde rezeki. Salji kat ICity je laa.

Kat sini, macam duduk Malaysia je. Banyak orang Malaysia datang melancong. Jalan2 jumpa orang Malaysia. 

Kat sini jugak la banyak orang Islam, siap ada masjid-masjid. Senang jugak nak cari makanan halal. Tak la sesusah Kunshan.



So, kesimpulannye, jauh perjalanan luas pengetahuan. Sape yang suka travel tu, teruskan. Selagi ade duit, hehe. Amek ibrah daripada dunia.

Katakanlah: "Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Al-Ankabut: ayat 20

Some pics here:

 Team Malaysia !
UniMap, Taayah, Teknik Teluk Intan, Syed Putra Perlis.

Geng Nutty-Notty :)

 Erk -.-' Cg Fik!




 Great Wall of China maliii

Bird Nest Olympic Stadium

~20 Ramadhan 1434 H~



Sunday, 16 September 2012

Hikayat Aku Dengan Benang Kait

~BISMILAHIRRAHMANIRRAHIM~

Assalamualaikum :)

------A story about me and the yarns starts here------

Waktu tu, aku baru form 1. Waktu tu cuti bulan dua, cuti Thaipusam kalo tak silap. Mak tau aku suka bab-bab jahit ni, so dia keluarkan buku-buku lama dia.Tapi buku tu semuanya fotostat, sebab mak aku ni dulu bukannya orang senang, kalau nak beli buku semua kena fotostat. Ada dua buku, satu buku sulam-sulam (tapi bahasa Jepun la), satu lagi buku kait jarum satu (crochet).

Aku abaikan buku kait tu, sebab tak tau, tak reti, tak faham dan takde alatan pun. Buku kait tu semua cerita pasal cara nak buat alas meja, tapi dia tulis pakai carta. 

Arwah opah perasan aku pegang-pegang buku tu, even aku tak faham. 

Jiran sebelah aku ni pulak, pandai kait-kait, tapi lebih kepada perhiasan rumah macam chair-back, dan segala jenis alas. Dia ni jugak merupakan anak sedara opah aku, kiranya sepupu mak aku.

Tapi, aku tak pernah cerita kat makcik aku tu yang aku teringin nak belajar. Aku diam je.

Then, once upon a time, in the evening, makcik aku datang ziarah opah aku. Opah aku ni pula suka story mory lebih-lebih kat makcik aku. Then, opah aku mention pasal aku yang macam ada minat nak kait.

Makcik dengan semangatnya balik rumah, pastu bawakkan untuk aku benang warna oren dengan jarum kait bersaiz 3.

Jarum tu aku still simpan, even dah karat pun. Saje buat kenangan.

Waktu tu jugak dia ajar aku. Dia ajar yang asas-asas je, pastu dia ajar cara nak baca carta. Mula-mula kekok jugak nak buat benda ni; kejap kecik, kejap besar, lawak gila! Dalam sehari je, aku dah dapat faham yang asas, cuma tinggal nak practice lebih kasi mantap.

Lama-lama tu, mak aku bawak aku pergi beli benang kait, start detik tu lahh aku asyik beli benang kait kat kedai cina tu sampai sekarang. Kira pelanggan setia la~ Tapi tak sure la cina tu cam aku ke tak. Kalau dia cam mesti dia kasi aku murah. [Tapi dia tak pernah pun bagi murah]

Bila bawak pergi sekolah, sume macam minat. Ada orang suggest kat aku wat niaga sikit, buat duit tambahan.

Sebagai permulaan, aku wat keychain bunga, tapi aku tak taruk ring, just tambah loop je. Alhamdulillah, dapat jugak sambutan. Pada masa yang sama, aku tak suka cerita aku reti kait2 ni dikepohkan kat batch akak-akak yang lain. Malu tau! Aku suka jadi budak yang tidak diketahui, hehe **poyo sat~**

Mak aku la yang jadi penyumbang modal aku. Sampai mak aku sifatkan aku sebagai "peniaga yang tak keluarkan modal".

Bila naik form 2, aku dah ada improvement sikit. Ada member cakap kat aku, "ko try lak buat pouch". Aku try buat beberapa kali trial n' error. Pastu aku try masukkan handset mak aku. Seingat aku, customer pertama yang beli pouch handset tu adalah anak sulung makcik yang ajar aku tu, warna biru+pink+cream.

Waktu ni la aku makin gila kait, sebab keuntungan berlipat kali ganda. Cuma masa jela yang banyak kena luangkan.

Bila fikir balik, aku rasa benda macam ni boleh jadi hadiah. Tambah-tambah lagi aku ni jenis malas fikir nak bagi hadiah apa kat orang.

Aku sempat jugak bagi kat senior netball n' silat waktu tu. Kak Yann warna biru+cream, dapat waktu bufday dia. Kak Ika warna pink putih [aku main hentam je bagi dia warna feminin kat dia], dapat waktu bufday dia jugak. Kak Nana dapat warna hijau fluorescent+putih. Dia punya memang sakit mata tengok :D Kak Am punye warna ungu, aku bagi waktu bulan puasa. Kak Fasa ngan Kak Senot sama warna; biru+ungu+cream.

Antara deme 6 orang ni, Kak Am je aku bagi sendiri, yang lain tu aku suruh orang bagikan. Sebab, Kak Am ni duduk kat bilik ketua, bilik ketua mana ada orang sangat, so xde sape boleh kacau aku tanya-tanya pasal kait-kait ni. Aku suruh kawan aku yang bagikan kat akak2 yang lain ni sebab takut kawan2 deme yang lain tu tanya-tanya aku, susah aku nanti.

Seingat aku, antara cikgu yang terawal beli benda ni ialah Teacher My & Ustzah Hidayah; itupun aku terkantoi ngan dyorang :D

Bila aku naik form 3, mak aku tak kasi aku buat business lagi. Tapi aku still simpan benang sikit kalau-kalau nak buat hadiah emergency. Contoh, waktu result SPM 2010 nak keluar, aku manfaatkan benang aku yang saki baki tu buat uncang untuk Kak Maizah Yusaimi & Kak Amal Hayati.

Uncang pulak, aku dah tambah tassle kat tepi.


Habis PMR baru boleh mengait. Group aku langsung tak bagi aku buat pape pun kecuali mengait. Memang bosan tahap gaban la aku duduk kat bilik. Nasib baik ada orang temankan. Kadang-kadang tu aku mintak orang bacakan novel untuk aku. Haha ! Kesian Zahirah, dia yang bacakan novel VT untuk aku. Waktu ni, ada banyak gak rombongan cikgu buat. Sure2 aku takkan tinggalkan benang aku, mesti bawak dua tiga gulung. Aku ingat lagi, aku kait satu uncang atas Gunung Kledang, sambil tu lepaskan penat. Pergi memana pun aku akan bawak handbag aku yang penuh ngan benang tu. Kat bilik guru, aktiviti kat surau, sume la! Sampaikan ada satu hari tu ada spot check bag, memang kantoi la kena ngan cikgu. Cikgu check beg aku penuh ngan benang :D


Macam mana pulak aku terkantoi ngan cikgu-cikgu?

Ni semua cikgu Ana punye pasal. Ada satu senja tu, aku takde kat dorm. Aku tinggalkan kerja-kerja crochet aku atas katil akak bilik aku (akak bilik aku dah pindah bilik lain, kiranya katil tu kosongla). Tiba-tiba Cikgu Ana saje-saje datang ziarah kitorang ni. Pastu dia nampak benang-benang aku ni ha. Pastu dia tanya kawan-kawan aku, "sape wat ni?". Dyorang cerita la aku buat ni, buat tu, buat ni. Pastu dia nak tempah satu, dia kata esok pagi dia nak. Aku pun dapat cerita daripada roommate aku, aku pun buat la untuk cikgu malam tu.

Esok tu pulak, masa nak hantar uncang dia kat bilik guru [macam biasa aku akan bawak handbag benang aku], Cikgu Ana terkejut sangat sebab dapat cepat sangat, dia kata, "kamu buat dalam mimpi ke?". Aku cakap la, "cikgu kata nak hari ni, saya buat la malam tadi". Pastu cikgu hebohkan satu bilik guru perempuan. Wei, aku malu habis. Semua macam teruja.

Yang tak leh blah nye cikgu-cikgu semua keluarkan handset masing-masing, sume nye touch screen, mane leh lawan. Cikgu Ana try masuk handset dia kat dalam uncang tu, tapi macam ketat, susah sikit nak keluarkan balik. Cikgu Ain Othman cakap, "nanti tepon bunyik nanti tak sempat nak angkat!". Buat lawak lak cikgu ni. Tapi aku ada bagitau cikgu yang lama-lama nnty uncang tu jadi kembang. Waktu tu lagi seminggu je nak habis sekolah. Cikgu-cikgu ramai merungut kat aku sebab aku bagitau lambat-lambat. Haha, sori cikgu. Teacher Salwani lak, semangat gila nak tempah-tempah uncang, naseb baek aku ada bawak benang aku. "I want this pink, I want this pink !" Dia nak tempah warna merah macam tembikai, tapi warna tu nak habis. Sian teacher, tapi dy tak kesah pun.

Kalau kat surau takde slot, aku akan mengait sambil baring kat surau, berbantalkan beg benang aku tu. Awal-awal mengait rasa empuk sangat, dah hujung-hujung tu rasa kempis pulak beg aku.

Sepanjang aktiviti lepas PMR, aku dapat RM200.00, banyak tu.

Dan aku sempat ajar Hasyimah mengait. Dia lah anak murid aku yang paling berjaya mengait :D

Hujung tahun, kawan aku, namanya El-Balqis, cerita pasal amigurumi. Amigurumi ni macam mengait jugak, tapi dia kena taruk kapas dalam dia. Kiranya benda ni agak sesuai nak buat anak patung. Aku try buat amigurumi love, gambar profile blogger aku tu, tu lah love yang pertama aku buat merangkap amigurumi yang pertama aku buat. Tapi aku pakai kapas yang ada kat rumah je la. Tapi aku dah bagi kat Faizin, dia still simpan lagi love putih aku tu.

Ni la love tu~

Aku habiskan masa aku cuti sekolah study kait benda-benda baru.

Naik form 4, waktu cuti bulan 6, balik kampung kat Negeri Sembilan. Mak sedara aku ni suka benda-benda craft, tapi bukan mengait la. Dia ada kapas fibre. Aku ada mintak dia sikit, nak buat love kecik. Pastu dia lah yang perkenalkan kat aku butang-butang kecik, bunga-bunga kecik daripada kain felt, tampal-tampal benda-benda tu. Mak aku tau aku suka mende-mende tu, so bila balik Ipoh, pergi kedai kat Taman Soong Choon. Aku beli kapas fibre, butang sikit ngan bunga kain felt sikit. Sejak hari tu, aku agak kerap pergi kedai tu sebab nak topup barang-barang aku.


Tahun ni la aku banyak kait benda-benda pelik: aiskrim, topi omey, rama-rama, case botol, pensel, bola netball, bola volleyball, cupcake, bakul kecik, reben, renovate uncang jadi berpenutup. Itupun ada orang request nak buat pisang, kasut [dah la bdak laki yang mintak, heiisshh], bola takraw.

Tapi yang sebenarnya idea-idea nak buat benda baru tu pun sebab ada orang request. Tak pun, ada orang cadangkan. Aku tak kreatif mana pun, dyorang la yang menjana kreativiti aku. Aku just reti mengait :) tapi tak reti nak matching-matching warna.

Buat masa sekarang ni, aku rasa nak tutup tempahan, hanya terbuka untuk form 5 je. Sebab, exam nak dekat, lagi 2 minggu je. Dan rasanya tahun ni lah kot last mengait, sebab taon depan aku dah dapat ramalkan bahawa taon depan aku akan BUSY.

Sampai sekarang, kalau makcik aku yang ajar aku kait tu tengok aku mengait, dia akan senyum bangga+happy [aku rasa la >.<] Mana tak bangga, sebab ada jugak orang yang mewarisi dia punya ilmu, anak-anak dia pun tak dapat-dapat nak mengait, sebab dyorang tak minat.

Banyak benda aku belajar melalui kegiatan aku ni. Aku belajar bagi hadiah yang kita sayang, aku belajar pilih-pilih warna, aku belajar fokus [nak mengait kena fokus, kadang-kadang kena kira, silap kira kena buat balik], aku belajar kerjasama, aku dapat kenalan banyak [tak kesah senior or junior], ape lagi ek? Tapi dalam banyak-banyak benda, aku paling terkesan bila nak bagi barang yang aku kait kat orang, even orang tu bagi duit kat kita. Tapi aku try pujuk diri, kalau orang lain memiliki benda yang paling kita sayang, InsyaAllah dia akan ingat kita selalu. Huhu, sedih kot waktu bagi bola netball n' volleyball kat Kak Maizah n' Kak Yann, geram kot bila keychain baru yang bulat tu diserahkan kat tuan dia, rasa rindu dekat love putih yang ada kat Faizin. Banyak lagi benda yang aku rasa sayang nak bagi, sebab comel sangat. Tapi kena ingat trademark ---> Nak sebarkan kasih sayang melalui benang kait :) 

Tu je lah hikayat aku dengan benang kait. Satu hari nanti, kalau aku dah reti, aku nak buat perniagaan secara online pulak. Hehe :D

~29 Syawal 1433~