Saturday, 7 December 2013

Last Crochet In Taayah

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum :)

Officially, I am an ex-taayah. No more secondary school, maybe.

Some body said:

Kalau kita belajar, kita belajar betul-betul. Kalau kita main, kita main betul-betul.

Agaknye la kann, kalau kita crochet, kita crochet betul-betul jugak la kan?

Anyway, this is my first post after SPM. Eventhough I was struggling for it, I still have my time with my crochet. Plus, I create new amigurumi for my friend without references !

First, I made new kind case cover. It's green, because I heard that Ustazah Rozaidah loves green so much!


I made it after we finished our addmaths exam. Such wrecking my nerve. Crochet can release my stress.

Next, suddenly I would like to 'knit' instead of 'crochet'. What is the differences between them? We use a pair off needle without hook to knit but we only use one hooked-needle to crochet.

When I was form 3, my friend El thought me about the knit. She learned from her sister. Her sister, even she's now a doctor, is very good in knitting and crochet.

I didn't have the needles to knit, so El gave me a pair of wooden chopstick :D Aku kire hape janji aku dapat knitting

Well, this is my knit. Heeee ~


Could you see the chopstick? heheh

Next! My friend's cousin will be married. She asked me a suitable gift for the wedding day. I made a pair of amigurumi lovely hearts with wings! ala-ala Pertapa Arjuna gituuuu






We share love <3

Next, the tafsir cover crochet. Saje buat sebab bosan, and also some photographs.



This girl is TashaLeee. Luv Perak soo much !

Next, Amigurumi Banana. Requested by Afn when I was form 3. Lame gile kann?


I luv this so much! for her birthday on 4th December.

Lastly, another couple of love.


I lost my black beads --'. The eyes from white one I just sew them. Huhu. Anyway, the cuteness still maintained. Hehehe.

These are the last crochet un Taayah. Gaya cam tak exam je aku. But if you are a good player in time, you can do 10 tasks in a time. Like Hassan Al Banna said:

Works are much more than time we have

Be a good time manager :)

~2nd Safar 1435 H~

Saturday, 12 October 2013

Walk in UniMAP: Aku Dan Engineering

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaiakum :)


Beberapa minggu sebelum ni, aku ade la dengar-dengar cerita perintis YS ni nak pergi kem kat UniMAP. Form 5 yang dah pencen lama ni dijemput sekadar nak isi kekosongan.

Aku, taknak pergi memulanya. Sebab aku tak nak terlibat ngan YS.

Tapi bila Fathin Mawaddah cerita pergi Padang Besaq, aku kemain setuju nak pergi. Wakaka !

Nampak benar niat tak betul. Last-last niat aku datang UniMAP adalah:

Dengan nama Allah aku datang UniMAP sebab aku nak mengenali U ni, so mudahla aku nak decide pergi engineering or dentistry :)

Kire aku datang bukan sebab aku still nak dengan YS ke hape ke. Tapi aku nak kenal dengan U ni. Kot2 la berkenan boleh la apply.

Dipendekkan cerita, aku pun pergila UniMAP dengan Fathin pada hari Jumaat. 

 Badak2 ponteng kelas. Tak sedar nak SPM :P

Sampai je kat sana, yang sambut kitorang adalah HUJAN. Haha, bukanla, yang sambut kitorang abah Che' Mohammad Ruzaidi, lecturer kejuruteraan alam sekitar. 

Dengan dia la aku pergi China dulu. Rindu.

Pastu kitorang buat pulak reunion ngan anak dia, Athirah Fatini. Seb baik budak kecik ni ingat aku kalau tak aku sekeh hangpa.

Abah :)

Such a beautiful girl :)

Ehemm, notes for sesiapa nak ambil engineering. Hehe.

Mula-mula (bakal) Dr. Faizrul welcome kitorang ke negeri ke-14 terbesar di Malaysia. 

(Cehh, bhajet gilaaa)

Tapi memang patut yang kecil dibesar besarkan, yang besar dikecil-kecilkan.

Kat UniMAP je 58% are women while 42% are men. Nampak gaya girls pun boleh jugak ambil engineering. Bukannye untuk guys je. 

Selama ni aku takut ambil engineering sebab aku takut. Orang kata girls susah sikit engineering ni, kena bersaing pulak ngan laki2. Aduhh. 

Tapi kak Thulasimani cool je siap hantar invention gi China + award lagi. Untung la akak.

And FYI, Tun Dr Mahathir memang menghasratkan negara kita ni jadi negara maju. Untuk majukan negara kita tumpah darah kita ni, Malaysia kena hasilkan 40 000 hingga 60 000 engineer setahun.

Tapi realitinya, Malaysia mampu keluarkan 20 000 setahun. Ada 20 000 kosong, itupun paling minima.

Be the one? Istikharah dulu :)

Jump to UniMAP. Ada apa kat UniMAP? 

Dr. tu tanya: 

Hangpa rase U mana paling besaq?

Aku jawab UIA. Kakak yang cakap okay.

Dr. kata: mana hangpa tau? 

Aku diam.

UniMAP besaq. Ada 30 pintu pagaq.

Sebenarnya UniMAP ni macam merata-rata di Perlis.  Aku anggap jalan2 satu U ni dah macam jalan2 satu Perlis.

Pastu Dr tnye: Hangpa yang nak amek SPM ni lepas ni nak fly U mana?

Aku dengan semangatnye jawab: UTP !!

Kenapa UTP ?

Sebab dalam Perak. Wakaka.

Dr. kate dalam UniMAP ada Perlis. Faham tak? Dalam UniMAP ada Perlis.

Pastu aku tnye:

Kire masuk Perlis ni macam masuk UniMAP la?

Dr. tu mengiyakan. Pastu aku cakap:

Untungla Perlis kecik, tak macam Perak. Sebab tu UTP tak boleh nak kalahkan UniMAP. :P

Kecik-kecik pun hangpa jangan main-main. Perlis ni negeri ke 14 terbesar hang tau tak ?

Yela yela, negeri ke 14 terbesar :P

Ada dua jalan nak masuk UniMAP: lalu Matrikulasi atau pun terus buat diploma. Asasi takde.

Kalau lalu Matriks, syarat minima 2.0, tapi rata-rata pelajar sini 2.7 and above.

Kalau diploma, rata-rata pelajar sini 7 or 8A.

Istimewanya engineering ni, kalau doktor tak boleh engineer, tapi engineer boleh jadi doktor.

Engineer yang ada PhD.

Ni bukan lawak ada PhD ke hape ke. Tapi ni serius boleh jadi doktor. 

Contoh, abang Dr. Faizrul bercita cita nak jadi doktor. Tapi tup tup jadi engineer. Dan sekarang dia menjadi engineer dalam bilik bedah. Dia yang uruskan equipment untuk doktor melakukan kerja kerja pembedahan.

Ada satu program tu namanya biomedical engineering. Program ni masih lagi belajar jantung segala mak nenek tu. Still boleh jadi doktor.



Touchscreen kot.

Then, jalan-jalan tengok library. Library yang awesome. Banyak kemudahan. Best. Aku bawak beg comel aku tu. Ada je akak2 kat library tu tegur2. Hehe. Nak promot tapi tak sempat pulak. Ngengadenye. HAHA.

Next day, slot untuk budak YS. Aku malas nak take note. Just dengar je. Tapi seronok tetap seronok. Sebab aku datang sini nak kenal ngan UniMAP je. Bukan sebab YS.

Tapi ilmu still ambil. Bukan selalu nak tuntut ilmu kat sini.

The last day, abah nak bagi keychain. Satu jenis yang warna warni tu semua dapat. Yang macam motherboard tu calon SPM je dapat.

Abah kate: keychain ni tanda janji korang masuk UniMAP.


Erk? Nak masuk kee? Kalau ada rezeki boleh laa.

Tapi ape-ape pun, aku dah jatuh hati kat enginnering. Aku rasa aku tak berapa boleh biology ni. Aku kalau boleh nak teruskan delegasi mathematics. Mathematics dalam hati :)

Engineer to be huh?

~ 7 Zulhijjah 1434 H ~

Thursday, 15 August 2013

Susah Hafal ye dik ?

~BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

Assalamualaikum :)

Haha. AB sayang adik ketat-ketat. AB rindu nak dengar suara adik sampai AB pun tak cam suara adik, hehe.



Ahaaa. bile kau nak datang sekolah? Kau datang, tapi aku tidoq kat dorm. Frust woo bile dapat tau ko datang. Huh --'

Ok2, straight tu the point.

AB, mcm mana nyh? Kte senang lupa la apa yg kte hafal, lg un dh la ssh gler nk hafal....\

Dik, first of all, belajar memang susah. Mana ada orang terus-terus jadi pandai. Betul tak? Takde orang goyang kaki terus dapat ilmu, tak pernah ada.

Ulama'-ulama' dulu lagi susah belajar. Mengembara sana sini, ingat senang ke? Kite ni senang sikit la kot sebab dah ada kenderaan. Tambah-tambah sekarang papehal pakai Internet je. Even kamus pun sekarang tak payah susah-susah nak bawak. Just tekan kat Besta, pastu dah dapat.

**pomot besta jap, hehe**

Menghafal ni proses belajar. Dan jugak jihad, sebab antara yang susah. Nak pahala jihad tak? So jangan putus asa okeh?

°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°° 
Hmmmm, susah hafal dan senang lupa? Dah la susah hafal pastu senang pulak lupe ye. 

Rajin-rajin adik pergi la tanya-tanya student tahfiz. Tanya student tahfiz yang serius tahfiz. Faham dakk maksud aku? Faham-faham sendiri eh.

Tak payah tanya dyorang pun takpe. Tengok je dyorang. Asma kan suke stalk orang. Hehe. Biar situ aku saje bold kan untuk ko bace. HAHA. Wall aku kau stalk, apa kata kau stalk orang-orang macam tu.

Peribadi dyorang bersih, cakap pun dyorang jaga. Haaa, ape lagi? Dyorang tak melalut cam kita-kita ni haa. Tak cakap merapu.

Sebab tu budak-budak tahfiz ni disarankan jaga permakanan dan jaga tingkah laku.


Normal la ape yang kita baca akan lupa. Nama pun manusia suka lupa. Lupa nak buat kebaikan dan lupa akan pelajaran. Asma manusia kan? Hehe. Kidding ajaa, kidding. Bukan selalu pun kann.

Ni dari pendapat aku + rujukan internet + pengalaman aku.

°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°° 
Number one: Kalau dah tau senang lupa, jangan la jadikan alasan tu untuk ko study last minit. 

"Alaaa, bace hari ni esok lupe. Better baca dekat-dekat pekse nanti"

Oh no no no never not ! Jangan dik! nanti terbiasa! Masuk U nanti laaagi susah. X caye adik tanye laa senior-senior adik yang dah masuk U. Kalau ada kakak abang pun lagi bagus. 

**nak tanya aku pun boleh tapi aku tak jejak lagi U apatah lagi matriks, hihi**

Pastu, niat nak menghapal tu kena BETUL!!. Adik dapat hafal sebab Allah izin. So, camne nak bagi Allah izin? kena mintak izin lah kat Allah. Aku tau ayat aku tonggang terbalik, so sorry eh. 

Niat tu laa segala-galanya. Niat nak berjihad. Niat nak angkat Islam tinggi-tinggi melalui pelajaran. Niat nak tolong saudara seislam kat Egypt, Syria, Palestin. Niat untuk angkat bangsa. Niat nak ubah negara. Niat nak masuk syurga. Niat nak redha Allah. Bukannye niat nak peksee je. Ape yang adik niat itulah yang adik dapat. 

Niat yang besar-besar, baru laa semangat nak menghafal. Serious talk. Aku kalau mengalah aku ingat niat-niat aku.

Tajdid niat. Cek balik niat ye sayang.

°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°° 
Number two: Selalu train neuron adik. Haaa, ape tu? Aku pernah hadiri kem kepimpinan PRS. Akak fasi tu cakap, kita kena gunakan semua neuron yang ada kat dalam otak kita. Kalau tak, neuron tu akan MATI. 

Camne nak bagi 'neuron' tu hidup? 

Dia macam otot jugak. Kalau di train baru jadi kuat. Sama la jugak ingatan, kalau tak digunakan ia akan hilang.

Bagi aku, cara nak train neuron, baca Quran sebelum terbit matahari. Kire lepas subuh la ko baca. Sebab aku rasa otak aku cam bergerak-gerak. **pelik pulak rasa otak gerak-gerak -,-' **

Rajin-rajin berfikir. Rajin-rajin brainstorm. Bagi gerak otak tu. Jangan manja-manjakan sangat otak tuu.

°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°° 
Number 3: Apa yang kita baca akan hilang selama 24 jam. Ni kalau tak silap Dato' Fadzilah Kamsah gi tau dalam radio masa aku darjah enam. Lama gile kan? Beliau cakap, teknik belajar yang betul adalah, kalau kita belajar subjek Sains pada haritu, malam tu kena baca balik.



Tapi kalau tak baca, jeng jeng jeng! in Shaa Allah akan lupa dalam masa 24 jam.

Yang ni akak tak pernah buat. Tapi pernah laa try sekali dua, memang sangat-sangat menjadi. 

Tapi agak susah laa kan sebab dengan kekangan kerja sekolah pastu dengan ko amek 11 subjek. Wuuu, kadang-kadang benda ni susah jugak nak buat. Tapi orang yang berjaya takkan jadi kan benda ni sebagai alasan.

°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°° 
Number 4: Sebelum nak menghafal tu, ko kena faham apa yang ko nak hafal. Katekan kalau adik nak hafal Hadis, adik kena hayati hadis tu. Hayati ayat demi ayat.

Kalau maths and add maths, akak just boleh cakap: ko hayati nombor-nombor tu :) Aku pun tak tau nak explain cara nak hayati nombor, HAHA !

Bila kita hayati, baru senang ingat. Contoh lain: adik senang ingat plot sesebuah cerita novel, sebab apa? Sebab adik menghayati cerita tu. Sama la jugak kalo hafal lagu, sebab adik hayati lagu.

Contoh macam aku, aku tak pernah hafal lagu Korea. Sebab apa? Sebab aku tak faham bahasa dyorang apatah lagi nak dihayati lalu dihafal. 

Sebab tu kekadang kita pelik, kenapa susah lagi nak hafal Quran daripada hafal lagu? Sebab kita tak cukup hayati Al-Quran tu. Isi makna al Quran tu sangat mendalam. Kekadang kena rujuk-rujuk guru untuk rungkaikan.


Kesimpulannya, kena faham bahan yang nak dihafal.

°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°° 
Number five: Jangan tidur petang! Nanti otak lembap! tau! Maksud aku petang tu petang lepas Asar.

°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°° 
Number six: Kekadang dosa kita laa yang membuatkan kita ni susah nak menghafal. Allah tak izin. Dosa tu gelap, ilmu tu cahaya. 

Take note dear: Cahaya takkan masuk ke dalam hati yang gelap.

Baca blog kak Afiqah Hairi kan? Bace tak description blog dia? Perasan tak tajuk blog dia?
CAHAYA ATAS CAHAYA. Sesungguhnya aku mengembara untuk mencari cinta yang benar.. Hingga pada saatnya, aku menemukannya dalam Cahaya.. Cahaya yang membawaku mengenal Pemilik Cinta Sebenar.. Dan bila terbaca kalamNya aku terjumpa "Cahaya atas Cahaya"-An-Nur:35.. Belum habis sembah syukurku,..Dia mengajar lagi sesuatu..
Cahaya atas cahaya. Ce adik bukak surah yang dinyatakan tadi. 

"Pelita dalam tabung kaca. Dinyalakan dengan minyak zaitun. Minyaknya sahaja dah berkilau-kilau, apatah lagi kalau dinyalakan. Perumpamaan Allah memberikan cahaya kepada yang dikehendakiNya"

Itu summary je dari ayat tu. 

Cuba bayangkan: Pelita tu dah menyala. Pastu dibias-biaskan pulak dengan tabung kaca. Kan nampak macam berkilau-kilau tu. Pastu pakai pulak minyak zaitun. Minyak zaitun ni kalau kita tengok, dia macam bersinar-sinar even tak dibakar lagi. Apatah lagi kalau dibakar. Mula-mula memang dah bercahaya, pastu bercahay lagi. 

Haaaa, cahaya atas cahaya. Itu baru tafsiran sendiri, belum lagi tafsiran yang sebenar.

Aku harap hati-hati kita macam tu. Dah ada cahaya, bercahaya lagi. Maintain cahaya selalu ada, so senang ilmu tu nak tembus ke dada-dada kita.

Dosa tu la yang memalapkan cahaya. Banyak-banyak buat benda baik. Jangan asek gelakkk je. Dah la suke gelakkan aku, baling buah epal karang, terus tercabut braces. hahaha. 

Banyak ketawa hati mati. Bukan tak boleh, kita berpada-pada. Bak kate kak Muna, Just Nice. Ke ko tak ingat da ape yang dia cakap? 

Then, jaga mata, jaga telinga, jaga seluruh anggota. Okeh ?

°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°° 
Number seven: Pemakanan. Pun kena jaga jugak. Sebab tu pun mempengaruhi hati kita. Jangan makan benda-benda masam. Yang syubhah pun jangan apatah lagi yang haram. Yang ni laa selalu student tahfiz jaga. And no more maggie! Ingat elok sangat ke? 

Jangan makan benda-benda yang pelik-pelik. Nanti dengan engko2 sekali jadi pelik.

°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°° 
Number eight: Asma kalau rajin Asma kena rajin-rajin ajarkan ape yang ko belajar tu kat orang lain. Bile lagi Asma ajarkan, lagi melekat kat otak. Sebab Asma selalu sebut-sebut ilmu tu.

Pernah dengar tak kawan-kawan Asma cakap: AB bukannye belajar sangat, asek tiiddooo je kat dorm. Susah nak tengok dia belajar.

Bukan aku tak belajar. Tu fitnah tuuu, haha. Sebenarnya kawan-kawan AB suka tanya AB soalan, AB jawab laa. Tu cara AB laa.

°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°° 
Number nine: Salah satu petua cara orang tahfiz hafal Quran, yang aku tau la, dia akan ulang, ulang dan terus ulang, sampai lancar. Susah? Biase la hafal memang susah. Kalau tak buat macam tu, terus hilang hafalan dalam masa dua minggu. 

°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°° 
Number ten: Rajin buat la nota. Fakta serabut kekadang susah nak hafal. So, mudahkan nota tu. Jangan susahkan.

°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°° 
Number eleven: Dah usaha, lepas tu DOA ! banyak doa-doa yang ko boleh search kat google.

Rujukan: :)  dan :D

Lastly, aku nak cakap: Selamat maju jaya. Harap-harap benda ni berguna untuk ko. Uhibbukifillah <3

~ 8 Syawal 1434 H ~