Tuesday, 16 September 2014

Contoh Karangan SPM: Ciri Ciri Remaja Berpatriotik

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum and good day :D

I would like to share this essay a long time ago after SPM but I keep forgetting to update.  

A little bit about this essay:
I'm not an essay warrior huhuhu. I faced a lot of difficulties in studying languages since I was primary school, the English and bahasa. In fact my essay in trial PMR was the worst I just got 15/40. I wrote this essay when I was facing my trial SPM 2013 (trial SPM prepared by Sek Raja Perempuan Taayah Ipoh) I wrote it from my heart, and unexpectedly my teacher Cg Azah praise my essay until she asked my friend to read it at front of my class. *malu siaaa* Btw for my juniors' information she marked our papers. I just want to help you guys in your SPM and hopefully it will help a little bit.

Btw, I wrote back this essay to my blog as for appreciation for my BM teachers, Cg Ya(F4) and Cg Azah(F5), and also to appreciate myself for beat the subject :)

Please take note the highlighted and coloured fonts one:
Blue: quotes
Bold: figures name
Yellow: point
green: most love quotes *hehe*

°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°° °°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°° 
Bahagian B: soalan 1
 
    Hayatilah kata-kata Presiden Indonesia yang pertama , Soekarno, "berikanlah aku sepuluh pemuda yang waja, pasti aku mampu menggegarkan dunia". Kata-kata yang menggegar setiap jiwa di Indonesia sepatutnya kita renungkan bahawa pentingnya remaja yang berkualiti untuk menerajui negara. Sejarah Islam menunjukkan bahawa remaja yang waja adalah tonggak Negara. Hal ini dibuktikan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh ketika menakluki kita agung Kristian Konstantinopel pada usia 20-an. Tokoh ini menunjukkan semangat ghazi yang tinggi dan berjiwa patriotik untuk mengembangkan empayar Turki Uthmaniah walaupun ketika usia yang amat muda.
 
    Untuk menjadikan setiap jiwa remaja kini sewaja Sultan Muhammad Al-Fateh, patriotism perlu ditanam sedalam dalamnya ke dalam jiwa remaja. Antara ciri remaja yang berpatriotik ialah remaja yang sangat menyanjungi dan menghargai pemimpin negara dan menjadikan kepimpinan mereka contoh ikutan remaja. Individu remaja tersebut mampu menyebut jasa-jasa tokoh seperti Dato' Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan Tun Dr. Mahathir dan mengetahui beban dan kesusahan yang dialami oleh mereka.
 
    Selain itu, ciri-ciri remaja bersemangat patriotik ialah remaja yang menghargai sejarah. Sejarah yang dipelajari di kelas dan kuliah bukan untuk peperiksaan tetapi adalah untuk dikaji kesan dan akibat pada diri kita dan dunia. Remaja yang bersemangat patriotik meneladani intipati sejarah, sebagai contoh, menidakkan kehadiran kuasa asing untuk menjajah. Remaja yang berpatriotik tidak akan membiarkan sejarah berulang, walaupun dengan penjajahan minda oleh Barat.
 
    Seterusnya, remaja yang bersemangat patriotik ialah remaja yang bijak memilih haluan dengan tidak terjebak dengan segala jenis penjajahan Barat terutamanya penjajahan minda. Remaja yang mempelajari tujuan Pan-Islamisme pada suatu masa dahulu hendaklah bijak menangkis segala anasir Barat seperti hedonism yang melampau dan berpakaian seperti Barat. Remaja yang berpatriotik tidak akan dijajahi mindanya kerana menyedari penjajahan minda menyebabkan kelunturan budaya Timur yang bersopan santun dan bertatasusila. Ibu bapalah yang memainkan peranan ini untuk mengelakkan anak-anak daripada penjajahan moden, bak kata pepatah, "kalau melentur buluh biar dari rebungnya".
 
    Selain itu, ciri-ciri remaja yang berpatriotik ialah remaja yang sedia berkorban untuk mempertahankan negara daripada dicerobohi oleh kuasa asing sama ada dari segi mental atau fizikal. Tenaga dan kecekapan pada usia remaja adalah pada tahap yang terbaik. Remaja yang berjiwa patriotik ialah remaja yang sedia berkorban menjadi pemikir untuk menjulang nama Malaysia di persada antarabangsa. Kini, hubungan tanpa sempadan memudahkan remaja mempertahankan negara daripada pencerobohan pencerobohan minda seperti penulis-penulis blog dan motivasi seperti Hilal Asyraf, Mat Luthfi, Afdholul Rahman dan barisan Imam Muda mewakili para belia Malaysia untuk mempertahankan Negara daripada penjajahan minda. Golongan-golongan ini cekal menutup minda rakyat Malaysia daripada terjebak ke lembah gejala sosial, bak kata pepatah, "biar putih tulang, jangan putih mata".
 
   Akhir sekali, remaja yang bersemangat patriotik ialah remaja yang mempunyai pemikiran yang matang dan berfikiran jauh. Remaja yang berpatriotik tidak sepatutnya memikirkan apa yang disumbangkan oleh negara kepada kita, tetapi  tepuklah dada, tanya pada minda, apa yang telah aku sumbangkan kepada negara? Antara contoh remaja dahulu yang memberi sumbangan pada agama ialah Saiyidina Ali (**please refer to teacher about this spelling**) , sahabat Rasulullah yang sanggup menggadai nyawanya di tempat tidur Rasulullah walaupun ketika itu usianya masih kanak-kanak. Remaja yang berfikiran matang tidak akan mementingkan keseronokan diri, sebaliknya memikirkan perjuangan untuk negara. Untuk membentuk pemikiran yang matang, kesungguhan dalam menuntut ilmu adalah penting kerana ilmu penyuluh hidup. Dengan ilmu kita mampu mengangkat martabat bangsa. Ini terbukti apabila Gerakan Islah wujud kerana kesedaran daripada golongan intelektual yang berpendidikan tinggi.
 
    Kesimpulannya, ciri-ciri remaja yang berpatriotik seharusnya ditanam pada setiap remaja kini. Dalam mengharungi arus  modenisasi, peranan ibu bapa adalah penting untuk mencorakkan pemikiran anak-anak untuk bersifat patriotik seperti mencorakkan kain putih. Pepatah falsafah Tao mengatakan "jika ingin hidup setahun, tanamlah gandum. Jika ingin hidup sepuluh tahun, tanamlah pokok. Jika ingin hidup selama-lamanya, tanamlah jiwa manusia". Pepatah ini menunjukkan bahawa penting ciri-ciri remaja bersemangat patriotik ditanam pada jiwa-jiwa remaja bagi memastikan Malaysia terus hidup selama-lamanya.
 
°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°° °°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°°  
** You are adviced to refer to your teachers before you guys take this essay bulat bulat. I'm afraid the marking scheme is updated. Again, this essay I wrote in Trial SPM 2013**

 
 
 
 
A bit words from me: Since you guys just finished your trial, I'm quietly sure that you may received some of your results, perhaps all your results. For the those who scores a lot, keep your beat and rhythm maintain till SPM, hopefully the 'beat and rhythm' increases. And for who feel unfortunate in your trial, there have some time to work, keep study and go fight for it! And manage your remaining time for your SPM. Stay tough, keep calm and study. And don't forget you prayers ! :)

**gula gula untuk adik adik taayah terutamanya. Tetiba harini terindu teringat RBBB 2012. eh, Aisyah Bilik B haha. All the best korang :)**
 
20 Zulkaedah 1435 H

Sunday, 8 June 2014

Tribute to MY LOVE #PESP2014

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum :')


Aku mendapat pendidikan menengah di sekolah SMAN Perak, Sekolah Raja Perempuan Taayah. Urm, bukan lah gah macam SBP, MRSM, Cluster Schools, Vocational, dll. Dan, sekolah ni taklah serba serbi cukup seperti sekolah2 itu, namun aku bersyukur walaupun masalah kekurangan guru masih tak selesai, namun mereka sangat komitmen mendidik kami dan masih terus gagah mengajar 9 subjek PMR, 12 subjek SPM, Idadi, Thanawi and most crucial tahfiz.

Quite lot right? Itu sebab mereka hebat ! :D

What I'm really proud of this school is, aku rasa seperti sekolah ini medan yang sesuai untuk tunjukkan Islam itu yang tertinggi, kerana kurasakan tempat ini cukup pakej dengan akademiknya, sukannya, tahfiz, kokurikulum especially the young scientist, YS really makes Islamic Schools proud ! Even sukan tak la sehebat sekolah sukan, even akademik tak la mcm SBP, tapi aura berjuang atas nama sekolah agama tetap terasa.

And, I'm a part of that team : the LAGENDA, the Silat and the Young Scientist. It's so hard for us as we have no coach, no appropriate labs but rahmat Allah tu selalu datang.

Bak kata kak syiqin: Allah tu selalu je nak sentuh kite, kite je tak sedar T.T

#macam diskrimasi pulak huhu sorry tapi ni la yang aku rasa

After I got my excellent 12 A's, I tried to seek for scholarships. You know what, rasa berdebar tu semacaaaam sangat. Sebab org di sekeliling aku hebat hebat. Sampai kekadang rasa putus asa tu selalu ada.



Aku, hakikatnya tak hebat pun. Terasa rendah diri sesangat bila terima award ni. Niat aku berdiri di sini hanya untuk menunjukkan student dari sistem sekolah agama juga mampu berdiri bersama-sama sahabat-sahabat dari sekolah ternama. Aku tak segan silu menerangkan status sekolah ku kalau waktu taaruf, kawan-kawan taktau apakah Sekolah Raja Perempuan Taayah itu.

Sekali lagi, hakikatnya aku tak hebat pun. Aku terima penajaan ini bukan kerana usaha tanganku, bukan kerana aku ni pandai. Hakikatnya gerak geri langkahku semua dalam setiap doa ibu bapaku. Selain tu, tanpa guru ku, murabbiku, memang aku tak kemana. Sungguh, aku menyayangi mereka, dan aku taktau macam mana aku nak lahirkan maksud 'terima kasih' setiap kali aku berjumpa dengan mereka.


Sahabat-sahabat 49, yang memaknakan 5 tahun kehidupan di Bumi Barakah. Tak lupa jugak senior yang selalu nasihat, adik-adik yang selalu mengirimkan kata kata semangat. You girls complete me a lot :D

Dan, team kesayanganku LAGENDA, silat and YS, tanpa korang, langkahku tersekat.


When I got the offer from PETRONAS, I was quite, thinking.

You know what, daripada 9000 application online, 1500 di shortlist interview, hanya 350 yang dipilih untuk terima award ni. Yang hadir award ni 252 pelajar. Ya Allah alangkah bertuahnya!

Nikmat apa lagi yang hendak didustakan? Subhanallah terharu. Dan aku sangat terharu bila teringat orang2 di sekeliling aku.

Tadi, waktu award ceremony tadi, aku tengok muka parents aku excited sesangat. Tangkap gambar sana sini. Ramah ngan semua orang. Mungkin mereka rasa bangga tak terkata. Aku terpike gak apa lah yang mereka rasa selaku orang tua yang punya anak berjaya :')

Anyway, aku cerita semua detik ni, aku nak cakap yang aku tak bangkit sorang. Dan aku nak tunjukkan Islam tu yang tertinggi.




 


9 Syaaban 1435 H

Monday, 12 May 2014

#scholarship: PETRONAS Youngstar's Day

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum :)

Again, sorry tak dapat nak taruk gambar. 

After a week dri YTNB camp, next week turun lagi ke KL, Taylor's Lakeside Campus. Aku mohon Petronas, local first choice oversea second choice. *ni siyes tatau knpe aku mintak local*

Tido kat Sunway, bilik kecik kongsi tige org 

Calon sini lagi ramai drpd YTNB. Aku dgr cerita cara interview Petronas sme mcm interview UTP. Cuma iv individu masuk sorang2, kalo utp masuk ramai2 terus.

Untuk menghilangkan kekalutan, ada sahabat aku ni turunkan tips. Katenye: zikir YA AZIM YA JABBAR byk2. Seriusly it works! di samping selawat nabi and beberapa persediaan.

12 April 2014

Again, aku sorang je pergi huhuhu wakil taayah. Aku antre org yang terawal daftar. Dan aku org yang first masuk bilik taklimat HAHA. 

Aku tatau la kenapa, iv ni aku tenaannng sangat tak sekalut utp dulu. Padahal dalam banyak2 interview ni la yg paling sbenar benarnya. Sebab yang ni ada interview individu, masuk bilik sorang2. Kalau JPA MARA xde pun.

Aku red group, nombor 1. Red group interview dulu baru test. Kami dapat case study: Education Policy. Recommendation aku: setiap budak boleh pilih ape sahaja yang mereka minat.

Aku pun prepare la benda ape aku nak cakap. Tulis atas kertas A4. Nanti deme bagi jangan riso. Pastu satu group ngn sorng chinese girl, indian girl, malay girl, ngn malay boy. Ok la kan satu Malaysia haha

Here are some tips:
Nak pergi interview Petronas pakai baju warna petronas tau. Aku pake warna hijau turqoise (ok yang ni aku kidding je hahah)

Then mse jln2 tu zikir byk byk. Tajdid niat jangan lupe. Dtg bukan nak bermegah and tak dpt nak megah pun sebab budak sini sume 7A+ ke ats. So semua org kat sini adalah sama je.

Kalau gelabah sgt sembang la ngan org sebelah. haha. Tak pun on fon ajak kawan baik sembang kat fon. Lantak la habeh bateri on wasap pon.

Mule2 interview sensorang. Aku org kedua. Mmule kenalkan diri. Cakap english yer. Hehe. Nak rojak satu dua perkataan boleh la tapi more to english. Panel nye org Melayu.

Ni isi aku pasal recommendation aku, boleh la nak wat rujukan akan dtg, sbb tak silap aku tajuk tiap2 tahun sama: I'm strongly agree about this recommendation. I believe every child born in this world have thei own potentioal that given by God. So they just need to polish their potential and interest so it could be benefit to the world. Student should not choose job because of the worthy salary, there must be sincerity in doing jobs. Sincerity can make that individual to work very hard as it is his passion....elaborate la kome sndiri haha.

Pastu makan solat pastu exam. Exam dy ada dua: paper first exam subject sains ngn maths. Satu lagi Critical Reasoning Test. CRT ni mcm kite kne teka corak ape selepas tu

Yang aku ni, padan la muka kenapa tak study cik kak oii. Fizik yang simple ko tak le jawab what theee? sir din sir chin!!! Pastu jwb addmaths mmg rare la kan sbb x prnah addmaths jwpn bulat2. haha.

Aku terkilan tak dapat jwpn soalan log TT


Tengok. Aku siap salin lagi

Aku jumpe kwn kwn yg pergi TNB harituuuuu. Best jumpe deme balik hahahaha. 

--------------------------------------

25 April 2014

Keluar result. Ngeee takuttt. Tapi mengharap. 

Check kol 9 pg, aku tak dapat, kfine

Pastu tak puas hati, cek tgh hari, katenye result tak keluar lgi. Aku dah pike ni mesti ade bnde tak kena

Cek kol 10 mlm, waaaa alhamdulillah tpi local je la ye kat UTP. Syukur ssgt. Chemical engineering inshaAllah.

Habis aku gegarkan wasap kwn2. Bgtau yg rapat2. Aku tatau nak cakap ape dah.

Erm sbenanye kan. Ade cerita di sbalik tabir cerita scholarship petronas ni. Hehe. Itulah penguat smngt aku. Next post aku cerita

15 Rejab 1435 H