~BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~
Assalamualaikum :)
First of all, I'm not Chinese, ok? Sempena Tahun Baharu Cina ni, saya nak share cerita rakyat pasal masyarakat Cina ni.
Pernah tak korang terfikir, dalam 12 tahun kitaran tahun dalam kalendar Cina, tak tersenarai pun kucing. Chinese tak suka kucing ke? Taklah, ada je antara mereka ni yang sayang kucing. Sebenarnya ada folktales yang menceritakan kenapa kucing tak tersenarai.
Alkisahnya begini.......
Dulu, ada seorang Maharaja Jade nak cari jalan macam mana nak kira tahun dengan mudah. Ada seseorang mencadangkan untuk pilih 12 haiwan untuk mewakili 12 tahun, satu haiwan, satu tahun.
Maka, Maharaja Jade pun buatla announcement kat seluruh haiwan yang ada kat Negeri Cina tu. Maharaja Jade nak buat satu perlumbaan, 12 yang terawal akan tersenarai dalam kalendar Cina.
Kucing dan Tikus dulu kawan rapat. Bila dyorang ni dapat tau pasal perlumbaan tu, dyorang pun excited nak meletakkan diri mereka tersenarai dalam kalendar. Tapi, Tikus dengan Kucing tak reti berenang, dyorang mintak tolong dari Kerbau untuk tumpang atas Kerbau. Kerbau ni pulak, lurus bendul lagi baik hati, berjanji akan menumpangkan mereka berdua waktu perlumbaan nanti.
Kucing nak tidur sekejap, sebab nak cukupkan tenaga untuk perlumbaan nanti. Kucing cakap kat Tikus, "Nanti kejut aku tau!"
"Ko tidur je la. Nanti aku kejut" Tikus jawab. Tikus ni licik, dia nak khianati kawan baik dia. Bila perlumbaan tu bermula, Tikus pergi tanpa mengejutkan Kucing.
Ada yang mengatakan bahawa Tikus tu excited sangat sampai terlupa kawannya sedang tidur. Nama pun folktales.
Waktu perlawanan, Kerbau yang reti berenang ni berada di depan sekali. Tikus pulak menumpang kat atas Kerbau, seperti yang Kerbau pernah janji dulu. Tapi, bila dah nak garisan tamat, Tikus lompat dulu. Maka, Tikus pun ditabalkan sebagai tahun pertama, dan Kerbau sebagai tahun kedua.
Haiwan ketiga, Harimau. Harimau ada masalah waktu melalui sungai, sebab sungai tu deras sangat, sebab tu dia lambat sikit.
Tiba-tiba, datang Arnab jadi tempat keempat. Dia hampir kalah sebenarnya waktu kat sungai, tapi dia bernasib baik sebab tiba-tiba ada kayu hanyut datang kat dia.
Lepas Arnab, Naga, tempat kelima. Maharaja Jade tersangatlah pelik kenapa Naga tak dapat tempat pertama, sebab Naga terbang je. Naga cakap, dia tunggu hujan habis turun, sebab, kalau dia terbang jugak, nanti takut hujan tak sampai ke bumi. On the way perjalanan ke garisan tamat, Naga nampak Arnab terkapai-kapai kat atas kayu hanyut kat tengah-tengah sungai tu. Naga tu kesian kat Arnab, Naga pun tiup-tiup kayu hanyut tu supaya sampai kat tebing sungai.
Sebab tu, masyarakat Cina percaya bahawa orang yang lahir pada tahun Arnab sangat bertuah pada tahun Naga.
Selepas tu, datanglah Kuda yang gagah perkasa, tanpa Kuda sedar yang Ular berada di kakinya. Bila Ular tu muncul tiba-tiba, Kuda tu terkejut, lalu terjatuh. Ular pun mendahului tempat ke-6, Kuda dapat nombor 7.
Biri-biri, Monyet dan Ayam Jantan bekerjasama apabila melalui sungai. Ayam Jantan tolong carikan rakit, yang lain-lain tu tolong bersihkan rakit tu. Dyorang merentas sungai bersama-sama. Mereka bertiga pun dapat tempat ke-8, ke-9, dan ke-10.
Yang Anjing ni pulak, dia patut jadi perenang yang baik, patut sampai awal. Tapi, boleh pulak dia enjoy-enjoy dulu kat sungai. Cam hampeh je. Dapat tempat ke-11.
Last sekali, Bab1. Bab1 lambat sebab dia boleh lagi singgah makan sebab lapar. Plus, tido lagi. Bila terjaga, dia teruskan hingga tamat perlumbaan. Bab1 dapat tempat ke-12.
Kucing pulak, dia bangun dari tidur bila dia dengar pengumuman keputusan pertandingan. Kucing tu bengang gile bila Tikus tinggalkan dia, dahla dapat first! Akhirnya, Kucing dan Tikus langsung tak kawan dah. Hingga ke hari ini, Kucing selalu memburu Tikus untuk membalas dendam.
*********
Moral of story: Jangan khianat sahabat, x baik tau. Jadi macam naga tu, walaupun naga tu gagah perkasa, tapi still ada hati yang baik untuk tolong orang. Jadi macam biri-biri, ayam jantan dengan monyet, sebab bekerjasama untuk berjaya.
Jangan jadi macam tikus tu, dahla khianat kawan, licik bukan main lagi.

p/s: dongengan semata-mata~
~30 Safar 1433~
2 positive feedback:
Kenapa ikan x de....
tq ceritanya saya suk
Post a Comment