Wednesday 4 April 2018

Internship Life : First Half

Assalamualaikum,

Apa jadi dekat zatisya sejak intern ni? Haha

Tahun 2018 bermula dengan sebuah kehidupan internship 8 bulan di Gas Processing Santong, PETRONAS Gas Berhad. Aku ditempatkan di jabatan operasi, kebetulan ada shutdown di kilang (atau orang panggil turnaround) bulan 7 nanti. Maknanya, sempat aku belajar elok elok dulu selama 6 bulan dan kemudian terus join shutdown dengan sek sek operasi.

Tempat ni aku kira sangat bersesuaian dengan kejuruteraan kimia; department operation, sempat join turnaround (orang kata waktu turnaround banyak belajar), intern kat PETRONAS (banyak alumni UTP boleh borak)

UTP memang lama internship program dia. Aku tak pernah dengar lagi universiti lain intern lagi lama daripada UTP. 

Seronok belajar sini, best sebab benda di luar buku. Too muh things to explore. Cuma kebelakangan ni aku selalu distracted dengan impian impian aku.

Pernah ada seorang sahabat post satu advices dari buku Law of Attraction: three things that kills law of attraction.
Antara isinya, perkataan doubts dan try sangat kills law of attraction. Perkara ni sangat mengetuk hati aku untuk strive future aku yang aku nak sangat.

Aku nak sangat tengok El Wardah berkembang.

Aku secara peribadinya agak kecewa dengan prestasi aku dengan El Wardah sejak masuk universiti. Tak banyak perkembangan. Even aku sendiri rasa ragu -ragu dan tidak yakin aku boleh ke nak besarkan El Wardah ni. Juggle between dreams and reality. Tapi sejak suntikan semangat tu orang bagi, hah, aku rasa semangat balik nak susun masa depan El Wardah.

In 10 years, aku nak ada kedai benang di Ipoh. Why?

Aku agak frustrated sebab kedai benang macam Pinky Frog Shop terletak nun jauh di Selatan. Why not kalau aku conquer pulak Ipoh?

Aku dah plan nak daftar SSM, buka akaun perniagaan, berniaga di rumah dahulu secara kecil kecilan dan sampailah ada kedai.

Eh apa jadi dengan degree kau?

Haha. Aku banyak kali fikir, kenapa aku nak chemical engineering dulu? Aku dulu fikir sebab aku tak nak belajar biologi. Minat pada enginering boleh dipupuk, itu fikirku dahulu. Tapi malangnya bila lecturer mention tentang industri, bila aku cuba ambil aura industri dekat TEC (career fair kat UTP), aku rasa lost dan langsung tak minat. Sama juga masa intern, aku excited sangat nak tahu pasal industri oil and gas depan mata, tapi dah half way dah kat sini still aku tak rasa feeling nak jadi engineer.

Bak kata officemate aku: baik aku jual nasi lemak. Hahaha. Well, aku dah fikir lama pun.

Lagipun, bisnes tu dah macam darah daging aku. Sejak umur sekolah rendah aku diperkenalkan dengan dunia entrepreneurship. Dulu pandai buat keychain reben, jual kat member. Dulu mak jual nasi lemak dan kuih kuih kat depan rumah. Aku cakap kat mak: mama, kejut kakyong hari hari pukul 5 pagi, nak training bangun awal, tahun depan nak masuk asrama. Tak ambil upah tapi selalu songlap duit niaga beli aiskrim mahal sikit, self reward katanya. Masa sekolah rendah dulu tak fikir duit, it is more to education.

Sekarang, aku  nak berniaga dengan lebih serius. Takde lagi nak main main. Aku dah set what kind of business aku target nak buat masa intern dan final year. Nanti dah graduate aku boleh cakap yakin dekat parents aku: ma, abah. Kakyong nak hidup berniaga :) Lupakan geng bawang yang bakal kata kat aku: habis degree gitu je? haha. Set sampai ada income bulanan tetap, lama lama boleh beli rumah baru untuk disewakan.

Too much dreams in my head sampai report internship pun tak siap siap lagi.