Monday 10 December 2012

The Pencil :)

~BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

Assalamualaikum :)

Aku dah lama nak cakap pasal bende ni, tapi asek lupe.



Matching kan kan? Ahaks !

Benda ni aku buat bulan puasa. Mule2 tu tuan punye pensel ni nak mintak kait bentuk segi empat tepat panjang jee. Pastu bila dah taruk fibre, dy jadi silinder.

Pastu member cakap, "alang2 tu jadi pensel je lahh, kan comel gitu?"


Thanks to my friend sebab bagi idea nak wat pensel, huhu.

Ramai orang puji pensel ni sebab pensel ni comel, colourful !

Tuan punye pensel ni kire untungle sebab dapat pensel yang first aku kait, keh3.

Lepas raya, tuan pensel ni jumpa saya, dia bawak sekali ngan pensel dia letak kat beg :D matching pulak kan?

Dia jumpa saya sebab dia nak bayar duit bola kait, best sebab dia taruk dalam sampul duit raya yang paling dia sayang <3




Baru tadi aku dapat feedback dari tuan pensel ni.



Pensel tu jadi seri beg dia. Siap ngan nama dengan fakulti. 

Bila member dia tanye, automatik nama aku akan ditumpang sekali :D

-----------------------------------------------------------------

Pensel selalu di kontrol oleh tuan dia.
Kalau pensel tu ada orang yang kontrol, baru ada hala tuju dy nak tuleh ape
Kalau macam kita hamba Allah ni, kita selalu di kontrol oleh Allah
Baru tak sesat jalan, baru ada arah tujuan.

Hidup pensel ni selalu berada di genggaman tuan dia.
Hamba Allah selalu berada di tangan Tuhannya :)

Pensel ni ada macam-macam jenis
Ada 2B la, HB la, jenama faber castell la, campap la.
Macam-macam.
Walaupun pelbagai jenama,
tujuan dia diciptakan adalah satu: untuk menulis
Tapi yang membezakan antara pensel-pensel tu adalah kualiti
Ada yang cepat patah, tahan lama

Kalau kita manusia ni, ada macam-macam jenis orang.
Disebalik macam2 tuh, tujuan diciptakan satu: Hidup untuk beribadah kepada Allah
Yang membezakan kita adalah TAQWA

Di saat pensel ni megah sebab ketajaman mata pensel,
lama-lama mata pensel tu tumpul
Hidup kita ni macam roda, kejap naik, kejap turun.

Bila pensel tumpul, dia tegar menghadapi kesakitan daripada sharpener
Dan lepas tu pensel akan jadi gah semula
Kalau pensel tak tegar hadapi sharpener, dia akan patah semula.
Tanda pensel tu putus asa.

Bila manusia ni rasa down, dia akan menghadapi tekanan,
dan tekanan itulah yang membuatkan dia kuat kalau dia tegar hadapinya
Kalau tak kuat, putus asa lah namenye

Pensel ni selalunya digunakan untuk tuan dia menuntut ilmu
Tak kire la untuk homework ke, exam ke
Sampai tuan dia pandai.
Tapi bila pensel ni selalu digunakan, pensel ni pendek. 
Pastu dibuang
Ibarat habis madu sepah dibuang.
Walaupun dibuang, tapi tuan dia tetap pandai, hasil daripada tulisan pensel tu

~26 Muharram 1434~

Monday 17 September 2012

The Last Minute Project Before Going Back to Hostel - The Shoe


~BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~
Assalamualaikum :)
 
                                     
             

My last minute project. Bangun pagi terus buat. Tapi tak tau la customer aku tu suka ke tak [sebab customer aku tu boy]. Tapi yang ni tak habis touch-up lagi. Ingat nak design sikit-sikit; nak taruk lining, baru nampak macam kasut sport yang real.

~1 Zulkaedah 1433~ [???]

Sunday 16 September 2012

Hikayat Aku Dengan Benang Kait

~BISMILAHIRRAHMANIRRAHIM~

Assalamualaikum :)

------A story about me and the yarns starts here------

Waktu tu, aku baru form 1. Waktu tu cuti bulan dua, cuti Thaipusam kalo tak silap. Mak tau aku suka bab-bab jahit ni, so dia keluarkan buku-buku lama dia.Tapi buku tu semuanya fotostat, sebab mak aku ni dulu bukannya orang senang, kalau nak beli buku semua kena fotostat. Ada dua buku, satu buku sulam-sulam (tapi bahasa Jepun la), satu lagi buku kait jarum satu (crochet).

Aku abaikan buku kait tu, sebab tak tau, tak reti, tak faham dan takde alatan pun. Buku kait tu semua cerita pasal cara nak buat alas meja, tapi dia tulis pakai carta. 

Arwah opah perasan aku pegang-pegang buku tu, even aku tak faham. 

Jiran sebelah aku ni pulak, pandai kait-kait, tapi lebih kepada perhiasan rumah macam chair-back, dan segala jenis alas. Dia ni jugak merupakan anak sedara opah aku, kiranya sepupu mak aku.

Tapi, aku tak pernah cerita kat makcik aku tu yang aku teringin nak belajar. Aku diam je.

Then, once upon a time, in the evening, makcik aku datang ziarah opah aku. Opah aku ni pula suka story mory lebih-lebih kat makcik aku. Then, opah aku mention pasal aku yang macam ada minat nak kait.

Makcik dengan semangatnya balik rumah, pastu bawakkan untuk aku benang warna oren dengan jarum kait bersaiz 3.

Jarum tu aku still simpan, even dah karat pun. Saje buat kenangan.

Waktu tu jugak dia ajar aku. Dia ajar yang asas-asas je, pastu dia ajar cara nak baca carta. Mula-mula kekok jugak nak buat benda ni; kejap kecik, kejap besar, lawak gila! Dalam sehari je, aku dah dapat faham yang asas, cuma tinggal nak practice lebih kasi mantap.

Lama-lama tu, mak aku bawak aku pergi beli benang kait, start detik tu lahh aku asyik beli benang kait kat kedai cina tu sampai sekarang. Kira pelanggan setia la~ Tapi tak sure la cina tu cam aku ke tak. Kalau dia cam mesti dia kasi aku murah. [Tapi dia tak pernah pun bagi murah]

Bila bawak pergi sekolah, sume macam minat. Ada orang suggest kat aku wat niaga sikit, buat duit tambahan.

Sebagai permulaan, aku wat keychain bunga, tapi aku tak taruk ring, just tambah loop je. Alhamdulillah, dapat jugak sambutan. Pada masa yang sama, aku tak suka cerita aku reti kait2 ni dikepohkan kat batch akak-akak yang lain. Malu tau! Aku suka jadi budak yang tidak diketahui, hehe **poyo sat~**

Mak aku la yang jadi penyumbang modal aku. Sampai mak aku sifatkan aku sebagai "peniaga yang tak keluarkan modal".

Bila naik form 2, aku dah ada improvement sikit. Ada member cakap kat aku, "ko try lak buat pouch". Aku try buat beberapa kali trial n' error. Pastu aku try masukkan handset mak aku. Seingat aku, customer pertama yang beli pouch handset tu adalah anak sulung makcik yang ajar aku tu, warna biru+pink+cream.

Waktu ni la aku makin gila kait, sebab keuntungan berlipat kali ganda. Cuma masa jela yang banyak kena luangkan.

Bila fikir balik, aku rasa benda macam ni boleh jadi hadiah. Tambah-tambah lagi aku ni jenis malas fikir nak bagi hadiah apa kat orang.

Aku sempat jugak bagi kat senior netball n' silat waktu tu. Kak Yann warna biru+cream, dapat waktu bufday dia. Kak Ika warna pink putih [aku main hentam je bagi dia warna feminin kat dia], dapat waktu bufday dia jugak. Kak Nana dapat warna hijau fluorescent+putih. Dia punya memang sakit mata tengok :D Kak Am punye warna ungu, aku bagi waktu bulan puasa. Kak Fasa ngan Kak Senot sama warna; biru+ungu+cream.

Antara deme 6 orang ni, Kak Am je aku bagi sendiri, yang lain tu aku suruh orang bagikan. Sebab, Kak Am ni duduk kat bilik ketua, bilik ketua mana ada orang sangat, so xde sape boleh kacau aku tanya-tanya pasal kait-kait ni. Aku suruh kawan aku yang bagikan kat akak2 yang lain ni sebab takut kawan2 deme yang lain tu tanya-tanya aku, susah aku nanti.

Seingat aku, antara cikgu yang terawal beli benda ni ialah Teacher My & Ustzah Hidayah; itupun aku terkantoi ngan dyorang :D

Bila aku naik form 3, mak aku tak kasi aku buat business lagi. Tapi aku still simpan benang sikit kalau-kalau nak buat hadiah emergency. Contoh, waktu result SPM 2010 nak keluar, aku manfaatkan benang aku yang saki baki tu buat uncang untuk Kak Maizah Yusaimi & Kak Amal Hayati.

Uncang pulak, aku dah tambah tassle kat tepi.


Habis PMR baru boleh mengait. Group aku langsung tak bagi aku buat pape pun kecuali mengait. Memang bosan tahap gaban la aku duduk kat bilik. Nasib baik ada orang temankan. Kadang-kadang tu aku mintak orang bacakan novel untuk aku. Haha ! Kesian Zahirah, dia yang bacakan novel VT untuk aku. Waktu ni, ada banyak gak rombongan cikgu buat. Sure2 aku takkan tinggalkan benang aku, mesti bawak dua tiga gulung. Aku ingat lagi, aku kait satu uncang atas Gunung Kledang, sambil tu lepaskan penat. Pergi memana pun aku akan bawak handbag aku yang penuh ngan benang tu. Kat bilik guru, aktiviti kat surau, sume la! Sampaikan ada satu hari tu ada spot check bag, memang kantoi la kena ngan cikgu. Cikgu check beg aku penuh ngan benang :D


Macam mana pulak aku terkantoi ngan cikgu-cikgu?

Ni semua cikgu Ana punye pasal. Ada satu senja tu, aku takde kat dorm. Aku tinggalkan kerja-kerja crochet aku atas katil akak bilik aku (akak bilik aku dah pindah bilik lain, kiranya katil tu kosongla). Tiba-tiba Cikgu Ana saje-saje datang ziarah kitorang ni. Pastu dia nampak benang-benang aku ni ha. Pastu dia tanya kawan-kawan aku, "sape wat ni?". Dyorang cerita la aku buat ni, buat tu, buat ni. Pastu dia nak tempah satu, dia kata esok pagi dia nak. Aku pun dapat cerita daripada roommate aku, aku pun buat la untuk cikgu malam tu.

Esok tu pulak, masa nak hantar uncang dia kat bilik guru [macam biasa aku akan bawak handbag benang aku], Cikgu Ana terkejut sangat sebab dapat cepat sangat, dia kata, "kamu buat dalam mimpi ke?". Aku cakap la, "cikgu kata nak hari ni, saya buat la malam tadi". Pastu cikgu hebohkan satu bilik guru perempuan. Wei, aku malu habis. Semua macam teruja.

Yang tak leh blah nye cikgu-cikgu semua keluarkan handset masing-masing, sume nye touch screen, mane leh lawan. Cikgu Ana try masuk handset dia kat dalam uncang tu, tapi macam ketat, susah sikit nak keluarkan balik. Cikgu Ain Othman cakap, "nanti tepon bunyik nanti tak sempat nak angkat!". Buat lawak lak cikgu ni. Tapi aku ada bagitau cikgu yang lama-lama nnty uncang tu jadi kembang. Waktu tu lagi seminggu je nak habis sekolah. Cikgu-cikgu ramai merungut kat aku sebab aku bagitau lambat-lambat. Haha, sori cikgu. Teacher Salwani lak, semangat gila nak tempah-tempah uncang, naseb baek aku ada bawak benang aku. "I want this pink, I want this pink !" Dia nak tempah warna merah macam tembikai, tapi warna tu nak habis. Sian teacher, tapi dy tak kesah pun.

Kalau kat surau takde slot, aku akan mengait sambil baring kat surau, berbantalkan beg benang aku tu. Awal-awal mengait rasa empuk sangat, dah hujung-hujung tu rasa kempis pulak beg aku.

Sepanjang aktiviti lepas PMR, aku dapat RM200.00, banyak tu.

Dan aku sempat ajar Hasyimah mengait. Dia lah anak murid aku yang paling berjaya mengait :D

Hujung tahun, kawan aku, namanya El-Balqis, cerita pasal amigurumi. Amigurumi ni macam mengait jugak, tapi dia kena taruk kapas dalam dia. Kiranya benda ni agak sesuai nak buat anak patung. Aku try buat amigurumi love, gambar profile blogger aku tu, tu lah love yang pertama aku buat merangkap amigurumi yang pertama aku buat. Tapi aku pakai kapas yang ada kat rumah je la. Tapi aku dah bagi kat Faizin, dia still simpan lagi love putih aku tu.

Ni la love tu~

Aku habiskan masa aku cuti sekolah study kait benda-benda baru.

Naik form 4, waktu cuti bulan 6, balik kampung kat Negeri Sembilan. Mak sedara aku ni suka benda-benda craft, tapi bukan mengait la. Dia ada kapas fibre. Aku ada mintak dia sikit, nak buat love kecik. Pastu dia lah yang perkenalkan kat aku butang-butang kecik, bunga-bunga kecik daripada kain felt, tampal-tampal benda-benda tu. Mak aku tau aku suka mende-mende tu, so bila balik Ipoh, pergi kedai kat Taman Soong Choon. Aku beli kapas fibre, butang sikit ngan bunga kain felt sikit. Sejak hari tu, aku agak kerap pergi kedai tu sebab nak topup barang-barang aku.


Tahun ni la aku banyak kait benda-benda pelik: aiskrim, topi omey, rama-rama, case botol, pensel, bola netball, bola volleyball, cupcake, bakul kecik, reben, renovate uncang jadi berpenutup. Itupun ada orang request nak buat pisang, kasut [dah la bdak laki yang mintak, heiisshh], bola takraw.

Tapi yang sebenarnya idea-idea nak buat benda baru tu pun sebab ada orang request. Tak pun, ada orang cadangkan. Aku tak kreatif mana pun, dyorang la yang menjana kreativiti aku. Aku just reti mengait :) tapi tak reti nak matching-matching warna.

Buat masa sekarang ni, aku rasa nak tutup tempahan, hanya terbuka untuk form 5 je. Sebab, exam nak dekat, lagi 2 minggu je. Dan rasanya tahun ni lah kot last mengait, sebab taon depan aku dah dapat ramalkan bahawa taon depan aku akan BUSY.

Sampai sekarang, kalau makcik aku yang ajar aku kait tu tengok aku mengait, dia akan senyum bangga+happy [aku rasa la >.<] Mana tak bangga, sebab ada jugak orang yang mewarisi dia punya ilmu, anak-anak dia pun tak dapat-dapat nak mengait, sebab dyorang tak minat.

Banyak benda aku belajar melalui kegiatan aku ni. Aku belajar bagi hadiah yang kita sayang, aku belajar pilih-pilih warna, aku belajar fokus [nak mengait kena fokus, kadang-kadang kena kira, silap kira kena buat balik], aku belajar kerjasama, aku dapat kenalan banyak [tak kesah senior or junior], ape lagi ek? Tapi dalam banyak-banyak benda, aku paling terkesan bila nak bagi barang yang aku kait kat orang, even orang tu bagi duit kat kita. Tapi aku try pujuk diri, kalau orang lain memiliki benda yang paling kita sayang, InsyaAllah dia akan ingat kita selalu. Huhu, sedih kot waktu bagi bola netball n' volleyball kat Kak Maizah n' Kak Yann, geram kot bila keychain baru yang bulat tu diserahkan kat tuan dia, rasa rindu dekat love putih yang ada kat Faizin. Banyak lagi benda yang aku rasa sayang nak bagi, sebab comel sangat. Tapi kena ingat trademark ---> Nak sebarkan kasih sayang melalui benang kait :) 

Tu je lah hikayat aku dengan benang kait. Satu hari nanti, kalau aku dah reti, aku nak buat perniagaan secara online pulak. Hehe :D

~29 Syawal 1433~

#Bulat umpama Cocopie

~BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

Assalamualaikum :)

New order arrived dari kakak bilik sebelah. Untuk F5 aku still lagi bukak tempahan sebab dyorang kan last year kat sekolah. At least aku bagi kenangan sikit kat dyorang.

Dia mintak aku buat something, tapi keychain la, atas dia soh tulis BOJA N' BOTAM.

Boja = shortform bola jaring
Botam = shortform bola tampar

Even aku tak tau kenapa dy soh aku tulis macam tu, tapi aku senyum je bila teringat ada orang cakap netball ngan volleyball tu adek-bradek :D

Aku ingat nak wat macam bentuk silinder yang pendek, tapi last2 jadi macam ni::


             

Geram tol aku, macam kek bufday pun ade, macam cocopie pun ade.

Tapi siyes tetibe aku teringin sangat nak makan cocopie lepas tu :D

Kat situ kan, aku rasa macam nampak yang netball ngan volleyball tu boleh jadi muafakat dalam satu bulat-----> BULAT air kerana pembentung, BULAT manusia kerana muafakat.

dahh, mepekk manjang.

Aku rasa sayang sangat nak bagi kat orang, walaupun dia bagi duit. Yela, duit tak boleh beli sayang, kan?

Tapi pape pun, akak cakap kalo nak bagi kat somebody tu elok la bagi benda yang kita sayang.


Sunday 26 August 2012

More Balls! -----> Bola Volleyball Pulak

~BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

Assalamualaikum :)

Gambar bola netball tu dah masuk fb, balas-balas komen pastu ade orang cakap camni:

Adek bradek ke? haha !
Yang jadi adek bradek tu sebab dy budak volleyball, member dy plak budak netball. Pasal tu dia cakap adik beradik.

Then, petang tu aku call dia. Kitorang borak-borak pasal bola tu. Tiba-tiba dia nak tempah, tapi nak bola volleyball. Mula-mula aku taknak ambek tempahan dia, aku cakap kat dia bola netball tu special edition, xde sape boleh ada. Tapi memandangkan dia ni customer ""cerewet"" lagi ""tersayang"", aku jadi tak kesah.

Yang aku tau, bole volleyball kat sekolah aku tu jenama Mikasa, pastu ada warna biru-kuning-putih, tapi tak ingat corak.

Tapi bola Mikasa tu susah nak tiru,

 
Nampak susah kan? So aku tiru bola macam ni je,
 
Ni senang sikit, hehe.
 
Malam tu, aku buat bola, guna cara yang sama untuk buat bola netball.
 
Inilah hasilnya ......
 
 
Tadaaaa ~
 
Tapi, second time yang aku buat ni lagi kemas, lagi lawa. Bola netball tu ade part tu kecik, ade yang besar, pendek kata tak sekata la.
 
Tapi bola baru yang aku buat ni semua sekata. **ade rase macam taknak bagi dia**
 
 
 
Nampak adek bradek ke? Adela sikit, hehe.
 
Semalaman aku buat. Tapi bila dah siap tu rasa best !
 
Okeyy, sekian sajaa. Kalau minat benda ni sila like :) 
 
~8 Syawal 1433~


Friday 24 August 2012

Bola Netball :)

~BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~
 
Assalamualaikum :)
 
Pada suatu malam raya, aku ada gayut ngan senior netball aku. Pastu, aku ade cite kat dia pasal kait-kait dengan netball kat dia, pastu dia cakap,
 
"ko try lak kait bola netball"
 
Baru terpikir pulak nak buat, siyes tak pernah terfikir.
 
Then, balik dari kampung, aku try search sana sini, kot2 ada cara nak buat bola netball ni ha. Tapi aku tak jumpe, so aku terpaksa pakai plan aku yang agak complicated ni.
 
Cara nak buat bola netball:
Firstly, aku kait bola biasa yang kosong. Aku pakai benang putih sebab senang nak sketch atas dia. Next, aku sketch corak bola netball atas bola putih tu. Then, aku buat tali air banyak-banyak, pastu tampal-tampal atas tu kemas-kemas. Ala-ala kolaj la.
 
Dan, jeng, jeng, jenggg~ jadilah......
 
SEBIJIK BOLA NETBALL YANG SANGAAATTT OMEEYYY MATA MEMANDANG **over plak aku ni**


 
Oleh sebab kerja-kerja menampal nampal ni leceh dan lama, untuk buat satu bola ni je pun dah makan 5 jam, itu kalau buat tanpa henti.
 
Okeyy, sekian sajaa ~
 
~6 Syawal 1433~
 

Thursday 15 March 2012

Popcorn, Bobble dan Puff stitch

~BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

Assalamualaikum :)

Salam Crocheting, semua !

Saya tak berapa arif pasal mengait ni sebenarnya. Tapi saya sangat suka menurunkan ilmu saya kepada orang lain. Lagi saya suka kalau saya dah ada anak murid yang berjaya :D

Apa-apa permasalahan, saya lebih suka rujuk kat internet. Saya suka tanya kat page benangkait.com kat fb kalo saya nak tanya apa-apa.

Ada sekali tu, saya jumpa simbol crochet yang tak pernah saya jumpa---> Popcorn stitch, bobble stitch dan puff stitch.

Selama ni saya belajar puff stitch sahaja. Tapi bila tengok popcorn dengan bobble, dua simbol ni macam sama tapi berbeza.


tu, yang dalam kotak pink tu *jaritunjukkearahskrin*

saya pun tanya kat page tu,


Ni video yang dia recommend:


Dah abeh tengok?
Kalau tengok betul-betul, ada dua cara dia tunjuk. Baris pertama method lain, baris kedua method yang lain pulak. Tapi hasilnya sama jea. Nak guna yang memane pun boleh, ikut suka hati.

Sama jela ngan simbol dia, rupanya lain tapi hasilnya still sama.

Nak rujuk simbol crochet, rujuk kat _SINI_ . Yang ni laman web pemilik page benangkait.com tu.

Ataupun dari blog saya sendiri, kat _SINI_

Satu lagi nak pesan, *takrugicedokilmukatbeangkait.com* :D

~22 Rabiulakhir 1433~




Cara Tukar Benang

~BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

Assalamualaikum :)

Salam Mengait, semua <3

Pernah tengok satu hasil mengait yang dicampur-campur warna?

Ni contoh:

..Ni kawan aku punyer..

Kat bawah ni caranya:



Bukan sahaja nak tukar warna benang, nak tambah benang pun boleh.
Kalau korang dah berpengalaman buat benda ni, selalu terjadi macam ni:

"Tengah syok mengait, tiba-tiba benang dah habis"

~selamat mencuba~

~21 Rabiulakhir 1433~


Tuesday 24 January 2012

Kenapa Kucing Tak Tersenarai Dalam Kalendar Cina?

~BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

Assalamualaikum :)
First of all, I'm not Chinese, ok? Sempena Tahun Baharu Cina ni, saya nak share cerita rakyat pasal masyarakat Cina ni.

Pernah tak korang terfikir, dalam 12 tahun kitaran tahun dalam kalendar Cina, tak tersenarai pun kucing. Chinese tak suka kucing ke? Taklah, ada je antara mereka ni yang sayang kucing. Sebenarnya ada folktales yang menceritakan kenapa kucing tak tersenarai.

Alkisahnya begini.......

Dulu, ada seorang Maharaja Jade nak cari jalan macam mana nak kira tahun dengan mudah. Ada seseorang mencadangkan untuk pilih 12 haiwan untuk mewakili 12 tahun, satu haiwan, satu tahun.

Maka, Maharaja Jade pun buatla announcement kat seluruh haiwan yang ada kat Negeri Cina tu. Maharaja Jade nak buat satu perlumbaan, 12 yang terawal akan tersenarai dalam kalendar Cina.

Kucing dan Tikus dulu kawan rapat. Bila dyorang ni dapat tau pasal perlumbaan tu, dyorang pun excited nak meletakkan diri mereka tersenarai dalam kalendar. Tapi, Tikus dengan Kucing tak reti berenang, dyorang mintak tolong dari Kerbau untuk tumpang atas Kerbau. Kerbau ni pulak, lurus bendul lagi baik hati, berjanji akan menumpangkan mereka berdua waktu perlumbaan nanti.

Kucing nak tidur sekejap, sebab nak cukupkan tenaga untuk perlumbaan nanti. Kucing cakap kat Tikus, "Nanti kejut aku tau!"

"Ko tidur je la. Nanti aku kejut" Tikus jawab. Tikus ni licik, dia nak khianati kawan baik dia. Bila perlumbaan tu bermula, Tikus pergi tanpa mengejutkan Kucing.

Ada yang mengatakan bahawa Tikus tu excited sangat sampai terlupa kawannya sedang tidur. Nama pun folktales.
Waktu perlawanan, Kerbau yang reti berenang ni berada di depan sekali. Tikus pulak menumpang kat atas Kerbau, seperti yang Kerbau pernah janji dulu. Tapi, bila dah nak garisan tamat, Tikus lompat dulu. Maka, Tikus pun ditabalkan sebagai tahun pertama, dan Kerbau sebagai tahun kedua.

Haiwan ketiga, Harimau. Harimau ada masalah waktu melalui sungai, sebab sungai tu deras sangat, sebab tu dia lambat sikit.

Tiba-tiba, datang Arnab jadi tempat keempat. Dia hampir kalah sebenarnya waktu kat sungai, tapi dia bernasib baik sebab tiba-tiba ada kayu hanyut datang kat dia.

Lepas Arnab, Naga, tempat kelima. Maharaja Jade tersangatlah pelik kenapa Naga tak dapat tempat pertama, sebab Naga terbang je. Naga cakap, dia tunggu hujan habis turun, sebab, kalau dia terbang jugak, nanti takut hujan tak sampai ke bumi. On the way perjalanan ke garisan tamat, Naga nampak Arnab terkapai-kapai kat atas kayu hanyut kat tengah-tengah sungai tu. Naga tu kesian kat Arnab, Naga pun tiup-tiup kayu hanyut tu supaya sampai kat tebing sungai.

Sebab tu, masyarakat Cina percaya bahawa orang yang lahir pada tahun Arnab sangat bertuah pada tahun Naga.


Selepas tu, datanglah Kuda yang gagah perkasa, tanpa Kuda sedar yang Ular berada di kakinya. Bila Ular tu muncul tiba-tiba, Kuda tu terkejut, lalu terjatuh. Ular pun mendahului tempat ke-6, Kuda dapat nombor 7.


Biri-biri, Monyet dan Ayam Jantan bekerjasama apabila melalui sungai. Ayam Jantan tolong carikan rakit, yang lain-lain tu tolong bersihkan rakit tu. Dyorang merentas sungai bersama-sama. Mereka bertiga pun dapat tempat ke-8, ke-9, dan ke-10.

Yang Anjing ni pulak, dia patut jadi perenang yang baik, patut sampai awal. Tapi, boleh pulak dia enjoy-enjoy dulu kat sungai. Cam hampeh je. Dapat tempat ke-11.

Last sekali, Bab1. Bab1 lambat sebab dia boleh lagi singgah makan sebab lapar. Plus, tido lagi. Bila terjaga, dia teruskan hingga tamat perlumbaan. Bab1 dapat tempat ke-12.

Kucing pulak, dia bangun dari tidur bila dia dengar pengumuman keputusan pertandingan. Kucing tu bengang gile bila Tikus tinggalkan dia, dahla dapat first! Akhirnya, Kucing dan Tikus langsung tak kawan dah. Hingga ke hari ini, Kucing selalu memburu Tikus untuk membalas dendam.

*********

Moral of story: Jangan khianat sahabat, x baik tau. Jadi macam naga tu, walaupun naga tu gagah perkasa, tapi still ada hati yang baik untuk tolong orang. Jadi macam biri-biri, ayam jantan dengan monyet, sebab bekerjasama untuk berjaya.

Jangan jadi macam tikus tu, dahla khianat kawan, licik bukan main lagi.

p/s: dongengan semata-mata~

~30 Safar 1433~

Saturday 21 January 2012

Crochet Symbols

~BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

Assalamualaikum :)


Semua jenis crochet ada simbol dia sendiri. Kalau korang tengok buku-buku mengait, dia akan ajar 2 cara: cara bertulis atau dia bagi carta.

Kat bawah ni contoh::


Tu contoh carta. Kat bawah ni simbol-simbol antarabangsa::

Saya tak la pro sangat. Saya tau cara nak buat simbol chain, slip stitch, half double crochet, double crochet, triple crochet, double triple crochet, triple triple crochet, v-stitch, shell, picot, cluster, puff, & popcorn

*rujuk post November 2011 kalau nak tau cara nak buat asas

Yang lain-lain nanti saya buat research sendiri. Nanti saya tunjukkan, insyaAllah. Doa-doakan.

~27 Safar 1433~