Tuesday 16 September 2014

Contoh Karangan SPM: Ciri Ciri Remaja Berpatriotik

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum and good day :D

I would like to share this essay a long time ago after SPM but I keep forgetting to update.  

A little bit about this essay:
I'm not an essay warrior huhuhu. I faced a lot of difficulties in studying languages since I was primary school, the English and bahasa. In fact my essay in trial PMR was the worst I just got 15/40. I wrote this essay when I was facing my trial SPM 2013 (trial SPM prepared by Sek Raja Perempuan Taayah Ipoh) I wrote it from my heart, and unexpectedly my teacher Cg Azah praise my essay until she asked my friend to read it at front of my class. *malu siaaa* Btw for my juniors' information she marked our papers. I just want to help you guys in your SPM and hopefully it will help a little bit.

Btw, I wrote back this essay to my blog as for appreciation for my BM teachers, Cg Ya(F4) and Cg Azah(F5), and also to appreciate myself for beat the subject :)

Please take note the highlighted and coloured fonts one:
Blue: quotes
Bold: figures name
Yellow: point
green: most love quotes *hehe*

°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°° °°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°° 
Bahagian B: soalan 1
 
    Hayatilah kata-kata Presiden Indonesia yang pertama , Soekarno, "berikanlah aku sepuluh pemuda yang waja, pasti aku mampu menggegarkan dunia". Kata-kata yang menggegar setiap jiwa di Indonesia sepatutnya kita renungkan bahawa pentingnya remaja yang berkualiti untuk menerajui negara. Sejarah Islam menunjukkan bahawa remaja yang waja adalah tonggak Negara. Hal ini dibuktikan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh ketika menakluki kita agung Kristian Konstantinopel pada usia 20-an. Tokoh ini menunjukkan semangat ghazi yang tinggi dan berjiwa patriotik untuk mengembangkan empayar Turki Uthmaniah walaupun ketika usia yang amat muda.
 
    Untuk menjadikan setiap jiwa remaja kini sewaja Sultan Muhammad Al-Fateh, patriotism perlu ditanam sedalam dalamnya ke dalam jiwa remaja. Antara ciri remaja yang berpatriotik ialah remaja yang sangat menyanjungi dan menghargai pemimpin negara dan menjadikan kepimpinan mereka contoh ikutan remaja. Individu remaja tersebut mampu menyebut jasa-jasa tokoh seperti Dato' Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan Tun Dr. Mahathir dan mengetahui beban dan kesusahan yang dialami oleh mereka.
 
    Selain itu, ciri-ciri remaja bersemangat patriotik ialah remaja yang menghargai sejarah. Sejarah yang dipelajari di kelas dan kuliah bukan untuk peperiksaan tetapi adalah untuk dikaji kesan dan akibat pada diri kita dan dunia. Remaja yang bersemangat patriotik meneladani intipati sejarah, sebagai contoh, menidakkan kehadiran kuasa asing untuk menjajah. Remaja yang berpatriotik tidak akan membiarkan sejarah berulang, walaupun dengan penjajahan minda oleh Barat.
 
    Seterusnya, remaja yang bersemangat patriotik ialah remaja yang bijak memilih haluan dengan tidak terjebak dengan segala jenis penjajahan Barat terutamanya penjajahan minda. Remaja yang mempelajari tujuan Pan-Islamisme pada suatu masa dahulu hendaklah bijak menangkis segala anasir Barat seperti hedonism yang melampau dan berpakaian seperti Barat. Remaja yang berpatriotik tidak akan dijajahi mindanya kerana menyedari penjajahan minda menyebabkan kelunturan budaya Timur yang bersopan santun dan bertatasusila. Ibu bapalah yang memainkan peranan ini untuk mengelakkan anak-anak daripada penjajahan moden, bak kata pepatah, "kalau melentur buluh biar dari rebungnya".
 
    Selain itu, ciri-ciri remaja yang berpatriotik ialah remaja yang sedia berkorban untuk mempertahankan negara daripada dicerobohi oleh kuasa asing sama ada dari segi mental atau fizikal. Tenaga dan kecekapan pada usia remaja adalah pada tahap yang terbaik. Remaja yang berjiwa patriotik ialah remaja yang sedia berkorban menjadi pemikir untuk menjulang nama Malaysia di persada antarabangsa. Kini, hubungan tanpa sempadan memudahkan remaja mempertahankan negara daripada pencerobohan pencerobohan minda seperti penulis-penulis blog dan motivasi seperti Hilal Asyraf, Mat Luthfi, Afdholul Rahman dan barisan Imam Muda mewakili para belia Malaysia untuk mempertahankan Negara daripada penjajahan minda. Golongan-golongan ini cekal menutup minda rakyat Malaysia daripada terjebak ke lembah gejala sosial, bak kata pepatah, "biar putih tulang, jangan putih mata".
 
   Akhir sekali, remaja yang bersemangat patriotik ialah remaja yang mempunyai pemikiran yang matang dan berfikiran jauh. Remaja yang berpatriotik tidak sepatutnya memikirkan apa yang disumbangkan oleh negara kepada kita, tetapi  tepuklah dada, tanya pada minda, apa yang telah aku sumbangkan kepada negara? Antara contoh remaja dahulu yang memberi sumbangan pada agama ialah Saiyidina Ali (**please refer to teacher about this spelling**) , sahabat Rasulullah yang sanggup menggadai nyawanya di tempat tidur Rasulullah walaupun ketika itu usianya masih kanak-kanak. Remaja yang berfikiran matang tidak akan mementingkan keseronokan diri, sebaliknya memikirkan perjuangan untuk negara. Untuk membentuk pemikiran yang matang, kesungguhan dalam menuntut ilmu adalah penting kerana ilmu penyuluh hidup. Dengan ilmu kita mampu mengangkat martabat bangsa. Ini terbukti apabila Gerakan Islah wujud kerana kesedaran daripada golongan intelektual yang berpendidikan tinggi.
 
    Kesimpulannya, ciri-ciri remaja yang berpatriotik seharusnya ditanam pada setiap remaja kini. Dalam mengharungi arus  modenisasi, peranan ibu bapa adalah penting untuk mencorakkan pemikiran anak-anak untuk bersifat patriotik seperti mencorakkan kain putih. Pepatah falsafah Tao mengatakan "jika ingin hidup setahun, tanamlah gandum. Jika ingin hidup sepuluh tahun, tanamlah pokok. Jika ingin hidup selama-lamanya, tanamlah jiwa manusia". Pepatah ini menunjukkan bahawa penting ciri-ciri remaja bersemangat patriotik ditanam pada jiwa-jiwa remaja bagi memastikan Malaysia terus hidup selama-lamanya.
 
°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°° °°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°°°º°O°º°°  
** You are adviced to refer to your teachers before you guys take this essay bulat bulat. I'm afraid the marking scheme is updated. Again, this essay I wrote in Trial SPM 2013**

 
 
 
 
A bit words from me: Since you guys just finished your trial, I'm quietly sure that you may received some of your results, perhaps all your results. For the those who scores a lot, keep your beat and rhythm maintain till SPM, hopefully the 'beat and rhythm' increases. And for who feel unfortunate in your trial, there have some time to work, keep study and go fight for it! And manage your remaining time for your SPM. Stay tough, keep calm and study. And don't forget you prayers ! :)

**gula gula untuk adik adik taayah terutamanya. Tetiba harini terindu teringat RBBB 2012. eh, Aisyah Bilik B haha. All the best korang :)**
 
20 Zulkaedah 1435 H

Sunday 8 June 2014

Tribute to MY LOVE #PESP2014

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum :')


Aku mendapat pendidikan menengah di sekolah SMAN Perak, Sekolah Raja Perempuan Taayah. Urm, bukan lah gah macam SBP, MRSM, Cluster Schools, Vocational, dll. Dan, sekolah ni taklah serba serbi cukup seperti sekolah2 itu, namun aku bersyukur walaupun masalah kekurangan guru masih tak selesai, namun mereka sangat komitmen mendidik kami dan masih terus gagah mengajar 9 subjek PMR, 12 subjek SPM, Idadi, Thanawi and most crucial tahfiz.

Quite lot right? Itu sebab mereka hebat ! :D

What I'm really proud of this school is, aku rasa seperti sekolah ini medan yang sesuai untuk tunjukkan Islam itu yang tertinggi, kerana kurasakan tempat ini cukup pakej dengan akademiknya, sukannya, tahfiz, kokurikulum especially the young scientist, YS really makes Islamic Schools proud ! Even sukan tak la sehebat sekolah sukan, even akademik tak la mcm SBP, tapi aura berjuang atas nama sekolah agama tetap terasa.

And, I'm a part of that team : the LAGENDA, the Silat and the Young Scientist. It's so hard for us as we have no coach, no appropriate labs but rahmat Allah tu selalu datang.

Bak kata kak syiqin: Allah tu selalu je nak sentuh kite, kite je tak sedar T.T

#macam diskrimasi pulak huhu sorry tapi ni la yang aku rasa

After I got my excellent 12 A's, I tried to seek for scholarships. You know what, rasa berdebar tu semacaaaam sangat. Sebab org di sekeliling aku hebat hebat. Sampai kekadang rasa putus asa tu selalu ada.



Aku, hakikatnya tak hebat pun. Terasa rendah diri sesangat bila terima award ni. Niat aku berdiri di sini hanya untuk menunjukkan student dari sistem sekolah agama juga mampu berdiri bersama-sama sahabat-sahabat dari sekolah ternama. Aku tak segan silu menerangkan status sekolah ku kalau waktu taaruf, kawan-kawan taktau apakah Sekolah Raja Perempuan Taayah itu.

Sekali lagi, hakikatnya aku tak hebat pun. Aku terima penajaan ini bukan kerana usaha tanganku, bukan kerana aku ni pandai. Hakikatnya gerak geri langkahku semua dalam setiap doa ibu bapaku. Selain tu, tanpa guru ku, murabbiku, memang aku tak kemana. Sungguh, aku menyayangi mereka, dan aku taktau macam mana aku nak lahirkan maksud 'terima kasih' setiap kali aku berjumpa dengan mereka.


Sahabat-sahabat 49, yang memaknakan 5 tahun kehidupan di Bumi Barakah. Tak lupa jugak senior yang selalu nasihat, adik-adik yang selalu mengirimkan kata kata semangat. You girls complete me a lot :D

Dan, team kesayanganku LAGENDA, silat and YS, tanpa korang, langkahku tersekat.


When I got the offer from PETRONAS, I was quite, thinking.

You know what, daripada 9000 application online, 1500 di shortlist interview, hanya 350 yang dipilih untuk terima award ni. Yang hadir award ni 252 pelajar. Ya Allah alangkah bertuahnya!

Nikmat apa lagi yang hendak didustakan? Subhanallah terharu. Dan aku sangat terharu bila teringat orang2 di sekeliling aku.

Tadi, waktu award ceremony tadi, aku tengok muka parents aku excited sesangat. Tangkap gambar sana sini. Ramah ngan semua orang. Mungkin mereka rasa bangga tak terkata. Aku terpike gak apa lah yang mereka rasa selaku orang tua yang punya anak berjaya :')

Anyway, aku cerita semua detik ni, aku nak cakap yang aku tak bangkit sorang. Dan aku nak tunjukkan Islam tu yang tertinggi.




 


9 Syaaban 1435 H

Monday 12 May 2014

#scholarship: PETRONAS Youngstar's Day

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum :)

Again, sorry tak dapat nak taruk gambar. 

After a week dri YTNB camp, next week turun lagi ke KL, Taylor's Lakeside Campus. Aku mohon Petronas, local first choice oversea second choice. *ni siyes tatau knpe aku mintak local*

Tido kat Sunway, bilik kecik kongsi tige org 

Calon sini lagi ramai drpd YTNB. Aku dgr cerita cara interview Petronas sme mcm interview UTP. Cuma iv individu masuk sorang2, kalo utp masuk ramai2 terus.

Untuk menghilangkan kekalutan, ada sahabat aku ni turunkan tips. Katenye: zikir YA AZIM YA JABBAR byk2. Seriusly it works! di samping selawat nabi and beberapa persediaan.

12 April 2014

Again, aku sorang je pergi huhuhu wakil taayah. Aku antre org yang terawal daftar. Dan aku org yang first masuk bilik taklimat HAHA. 

Aku tatau la kenapa, iv ni aku tenaannng sangat tak sekalut utp dulu. Padahal dalam banyak2 interview ni la yg paling sbenar benarnya. Sebab yang ni ada interview individu, masuk bilik sorang2. Kalau JPA MARA xde pun.

Aku red group, nombor 1. Red group interview dulu baru test. Kami dapat case study: Education Policy. Recommendation aku: setiap budak boleh pilih ape sahaja yang mereka minat.

Aku pun prepare la benda ape aku nak cakap. Tulis atas kertas A4. Nanti deme bagi jangan riso. Pastu satu group ngn sorng chinese girl, indian girl, malay girl, ngn malay boy. Ok la kan satu Malaysia haha

Here are some tips:
Nak pergi interview Petronas pakai baju warna petronas tau. Aku pake warna hijau turqoise (ok yang ni aku kidding je hahah)

Then mse jln2 tu zikir byk byk. Tajdid niat jangan lupe. Dtg bukan nak bermegah and tak dpt nak megah pun sebab budak sini sume 7A+ ke ats. So semua org kat sini adalah sama je.

Kalau gelabah sgt sembang la ngan org sebelah. haha. Tak pun on fon ajak kawan baik sembang kat fon. Lantak la habeh bateri on wasap pon.

Mule2 interview sensorang. Aku org kedua. Mmule kenalkan diri. Cakap english yer. Hehe. Nak rojak satu dua perkataan boleh la tapi more to english. Panel nye org Melayu.

Ni isi aku pasal recommendation aku, boleh la nak wat rujukan akan dtg, sbb tak silap aku tajuk tiap2 tahun sama: I'm strongly agree about this recommendation. I believe every child born in this world have thei own potentioal that given by God. So they just need to polish their potential and interest so it could be benefit to the world. Student should not choose job because of the worthy salary, there must be sincerity in doing jobs. Sincerity can make that individual to work very hard as it is his passion....elaborate la kome sndiri haha.

Pastu makan solat pastu exam. Exam dy ada dua: paper first exam subject sains ngn maths. Satu lagi Critical Reasoning Test. CRT ni mcm kite kne teka corak ape selepas tu

Yang aku ni, padan la muka kenapa tak study cik kak oii. Fizik yang simple ko tak le jawab what theee? sir din sir chin!!! Pastu jwb addmaths mmg rare la kan sbb x prnah addmaths jwpn bulat2. haha.

Aku terkilan tak dapat jwpn soalan log TT


Tengok. Aku siap salin lagi

Aku jumpe kwn kwn yg pergi TNB harituuuuu. Best jumpe deme balik hahahaha. 

--------------------------------------

25 April 2014

Keluar result. Ngeee takuttt. Tapi mengharap. 

Check kol 9 pg, aku tak dapat, kfine

Pastu tak puas hati, cek tgh hari, katenye result tak keluar lgi. Aku dah pike ni mesti ade bnde tak kena

Cek kol 10 mlm, waaaa alhamdulillah tpi local je la ye kat UTP. Syukur ssgt. Chemical engineering inshaAllah.

Habis aku gegarkan wasap kwn2. Bgtau yg rapat2. Aku tatau nak cakap ape dah.

Erm sbenanye kan. Ade cerita di sbalik tabir cerita scholarship petronas ni. Hehe. Itulah penguat smngt aku. Next post aku cerita

15 Rejab 1435 H

#scholarship: Yayasan TNB

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum :)

They notify me thorugh sms. Waktu tu 2 April, nak pergi 4 April. =='

YTNB buat berperingkat. Mula mula panggil pergi kem untuk assesment behaviour, kalau lepas kem tu dapat gi interview. Lepas tu baru boleh taw kite dapat ke tak.

Aku apply oversea, electrical power engineering course. Aku pilih tu sebab.....nama dy rare hehehe.

kem 3 hari 2 malam. Kat UNITEN residence. Kire ni kem free dan best siap tidor hotel hahaha.

Bertolak dri Simpang Pulai pukul 4.30 kot. Ke pukul 5 tah (citenye dah basi sorry) tapi sampai sana 9.30. Daftar pukul 8-10 pg.

Abah la sian mengejut kne hantar huhuhu. Bulan 4 ni kopak duit sebab aku turun KL dua kali then turun N9 skali huhuhu.

Masa daftar tu kann, perghhhh boys banyak weyy. Barisan perempuan kosong gile. Barisan laki panjaaang lagi. Haish jgn culture shock suda aaa.

Perempuan boleh dikatekan 1/5 daripada peserta. Yang bestnye, senang nak berkenal kenalan. Sebab sikit je perempuan. Aku jumpa sorang budak ipoh, budak RPS, yeayyy she's Aina. Tapi aku tak kenal dia haha.

Takdak sapa yang aku kenai kecualiiii Nashriq, dia aku kenal time gi China dulu. Tapi tak de la menyembang pown :3

BILIK!! best la mcm hotella kan hehe. Sebilik ngn Mia budak Muar. Paling aku teruje, dia pun cam aku gakk !! geng mengait hahahaha

Mule-mule grouping. Satu group 11 or 12 org. Satu group dua org je perempuan T.T ohh myyy nasib aku dan Aina sama sbb kami dulu skola prempuan hahaha.

Group aku ade india, takde cina. 

Aku tak igt la aktiviti dia ape, tapi byk aktiviti grouping ngan individu. Nak tgok sofskil.

Antara aktiviti: 

1.Hot Topics -ambil kad kad drpd observer then cakaaap je. kire ckp spontan la)

2.Red Carpet - berjalan la kome kat red carpet ngn gaya tersendiri hahaha

3. Food Thoughts - ni xde ape sangat just makan mknn dy kasi then ikut ap yg observer ckp. dy kasi asam tpi soh ckp : its very very sweet

4. resources ap tah tak igt: tpi yg ni kne jge suratkhabar jgn kasi observer ambik. suratkhabar tu kire mcm resources la. Time ni berhimpit gak la ngn grup member huhu

5. Different Me: bile dy ckp DIFFERENT sume kena berubah serta merta. Maksud berubah tu  berubah dari segi penampilan. Ade yang tukar kasut tukar sweater yang aku ni tarik tudung pin naik ats *hambek kaw nak different sgt*

6. Your Chance To Win: Ni public speaking kat depan, why you need this scholarship? hahhh, aku mmg cuak gilerrr wuwuwu takut. Sebab observer tu tarik budak ikut suka depa ja. Nasib baik aku tak kena. Tpi kan lama lama pentas tu jadi tempat luahan perasaan plak. Bagi aku la kan, kalau org yg betul betul ikhlas and ber visi nak dtg kem ni mmg nampak dia betul2 nak even alasan dia sama je macam orang lain. Aku paling insaf dengar budak Miri tu ckp. T.T mmg menyentuh hati. Dia mmg cerita habeh drpd otw nak ke sini, mcm mne mak dy susah2 hantar kasi duit poket even dy taw mak dy xde duit da sbenanye . perghhh aku rse dy da dpt da scholarship tu

7. Butterfly cross: kena pas telur plastik kat member scpt mungkin

8. Toxic: sume org wajib ppg gelas yg berisi air pastu letak kat ats kepala member yang paling tinggi dlm group *nnty aku nak ulas yg ni*

9. Collage: bese budak wat kolaj tampal tampal kan? NI tak kitorng letak fon IC lesen kete sume letak pastu wat mcm theme yg kami ni YTNB scholar. hahaha. Ade gambar tapi kat fon malas nk upload hee

10. Jigsaw Puzzle: bkan ssje yew wat puzzle. Ade frame maker, puzzle maker, leader ngn observer

11. Aktiviti last day, kutip smiley: Kne kutip smiley drpd sesape then kire brape byk smiley kau kutip. Dan kne kasi bukti kat observer masing masing. Sume org kluar smartfon masing2, nk tgkp gamba hahaha. Agaknye ni sje la kot sbb nak kutip kenangan hahaha

12. My Biz is ur Biz: sblum aktiviti kutip smiley kne plan. Lepas kutip smiley kne laksanakan planning tu. pfffttttttt. Dah la projek grup aku juai kete, mcm x logik je nak wat bisnes serta merta. Aku boleh je nak wat bisnes serta mrta aku kn ade bisnes hahahah. Tpi x le sbb kite kne wat bisnes yg kite plan pg td. Sudahnye, kutip "deposit" RM2 untuk beli kete. Gile pe haha

Overall, best! sporting je sumenye. Observer tu muke garaaanngg tapi deme muke cengihh time assement tu dilakukan je. Kalau kat luar deme peramah je. Pernah sekali kitorang kne lunch ikut grup, sambil tu sembang ngn observer. Bestt takde la sombong deme nihh.

Kitorang habis aktiviti pukul 10 mlm. Takde la mcm taon2 lepas aku dgr cite asek kne tocer la , tido lewat mlm and mcm mcm. Tak la seterok dlu aku rse.

Cuma tiap2 mlm kitorng ade homework, buat esei. Mlm first buat esei: kalo kite dpt scholarship nak buat ape?

mlm second buat journal.

Sambil buat sambil tgok tv kikiki.

OK, ak nak ulas pasal TOXIC tu. Ade kaitan ngan ikhtilat sebenarnya. Aktiviti dy mcm ni:

SEMUA kne pegang gelas. pastu letak atas KEPALA MMBER YG PALING TINGGI

SEMUA : means semua tak kesah laki prempuan. pgg gelas yg kecik tu =='
KPALA MMBER YG PALING TINGGI = ofkos laki.....

Time tu aku dah pasrah gile. Cepat cepat la habis. SO nasihat aku kat junior aku dtg ni, better bawak glove masing2. Tempat tempat cmni mmg x le nak elak aktiviti sebab deme ni,, yela TNB kannnn

pfftt =='

Ape ape pun. Alhamdulillah sume selesai. Grup aku sporting xde yang sombong. Even deme ni byk laki tpi deme tak pinggirkan kami. Aku spnjg kem tu aku kejap pandang karpet, pandang aina, pandang pentas, pandang observer, hahaha taktaw nak pandang ape dah. huhu

Awesome. Masa penutup tu ttibe rasa sedih pulak aihh. Aku percaya ckp Miss Cherrie tu: You guys are great, kalau tak dpt YTNB mesti dpt scholarship lain. All the best in your future life. Dan maaf salah silap kalau tersalah kate :)

Aku dan Aina. Faris, Ikmal, Amin, Hazim, Fikri, Nabil, Shanker, Ravi square

Anddd aku tak dpt interview XD mmg aku tak terpike pon 

12 Rejab 1435 H

To Fight For Scholarship...

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum :) 

First of all. Lame tak blogging. *busy bisnes kunun*

Second, ni untuk lpsn spm akan datang yang berminat ngan scholarship.

Sepanjang bulan 3 ngan 4 ni aku tak blogging, aku kemana? bulan 4 penuh dengan persiapan ke U, especially the scholarship.

Biasanya, seminggu selepas result SPM keluar, maka banyak la permohonan yang keluar. Make sure matrik ngan UPU dah setel ya time ni. 

Kebanyakan permohonan tajaan, banyak bukak seminggu je. Aku ulang semingguuuuu jep. So, make sure jangan terlepas la ye. Rajin rajin la bukak fb *ini pun kire langkah paling malas* up to date pasal scholarship. Yang biase ade.....

TNB, Petronas, MMC, Bank Negara, Sime Darby, Felda Global Venture, Telekom...banyak lagi.

Mara JPA, ofkosss.

Btw, kebanyakan scholarship syarikat ni kebanyakannya dia tawarkn untuk engineering. huhuhu. Kawan kawan yang nak sangat medic dentistry dll tu dyorang banyak mengharap kat mara. JPA un hantar budak engineering je sekarang nih. 

Kalo Mara JPA, stret A yg biase dah cukup dah syarat untuk ke interview. Tapi, kalau tajaan dari syarikat tu, sekurang kurangnya nak 7A+ ngn english GCE-O A

I know it's hard, but that's the fact huhu

Aku pernah attend interview petronas ngn kem selection TNB, kalau sembang ngan budak budak situ, tak payah tanye da "awak brpe A?". Terus tnye "how much A+ you got?" 

Rata rata 7A+. 6A+ susah la nak dengar. Kalau petronas, 6000 online application deme terima 1000++ je nak diinterview, dan budak 1000++ ni sume 7A+ ke atas. WHAT THE?? nak select ratus ratus je

Dah la tempat tempat mcm ni banyak cina india. ayyooooo. Pastu nak fight ngan budak mrsm sbp kluster perghhh aku rasa rendah diri gila.

Tapi aku rasa TNB lg dahsyat daripada Petronas, ade 150+ je calon yang deme shortlist. Nak ambik bpe kerat je. Dpt shortlist tu punn aku rasa bertuah sesangat. Boleh dikatekan budak kat situ best student kat sekolah masing-masing. Tak kurang juga best student daerah pun ade jugak.

Kekadang aku terpike gak: alaaaa aku ni bdak sman, aku watpe kat sini?T.T 

Tapi xpe, betulkan niat, inshaAllah dipermudahkn. dpt pergi mrse pengalaman pun jadi la. Dapat tak dapat tu lain cerita, janji dah buat yang terbaik :)

OK nnty aku cerita setiap IV (interview) yg aku attend. Kalau sempat la. huhu

*kalo sesape minat nak fight, make sure 7A+ in your hand. okeh?*

12 Rejab 1435 H