Sunday 26 August 2012

More Balls! -----> Bola Volleyball Pulak

~BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

Assalamualaikum :)

Gambar bola netball tu dah masuk fb, balas-balas komen pastu ade orang cakap camni:

Adek bradek ke? haha !
Yang jadi adek bradek tu sebab dy budak volleyball, member dy plak budak netball. Pasal tu dia cakap adik beradik.

Then, petang tu aku call dia. Kitorang borak-borak pasal bola tu. Tiba-tiba dia nak tempah, tapi nak bola volleyball. Mula-mula aku taknak ambek tempahan dia, aku cakap kat dia bola netball tu special edition, xde sape boleh ada. Tapi memandangkan dia ni customer ""cerewet"" lagi ""tersayang"", aku jadi tak kesah.

Yang aku tau, bole volleyball kat sekolah aku tu jenama Mikasa, pastu ada warna biru-kuning-putih, tapi tak ingat corak.

Tapi bola Mikasa tu susah nak tiru,

 
Nampak susah kan? So aku tiru bola macam ni je,
 
Ni senang sikit, hehe.
 
Malam tu, aku buat bola, guna cara yang sama untuk buat bola netball.
 
Inilah hasilnya ......
 
 
Tadaaaa ~
 
Tapi, second time yang aku buat ni lagi kemas, lagi lawa. Bola netball tu ade part tu kecik, ade yang besar, pendek kata tak sekata la.
 
Tapi bola baru yang aku buat ni semua sekata. **ade rase macam taknak bagi dia**
 
 
 
Nampak adek bradek ke? Adela sikit, hehe.
 
Semalaman aku buat. Tapi bila dah siap tu rasa best !
 
Okeyy, sekian sajaa. Kalau minat benda ni sila like :) 
 
~8 Syawal 1433~


Friday 24 August 2012

Bola Netball :)

~BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~
 
Assalamualaikum :)
 
Pada suatu malam raya, aku ada gayut ngan senior netball aku. Pastu, aku ade cite kat dia pasal kait-kait dengan netball kat dia, pastu dia cakap,
 
"ko try lak kait bola netball"
 
Baru terpikir pulak nak buat, siyes tak pernah terfikir.
 
Then, balik dari kampung, aku try search sana sini, kot2 ada cara nak buat bola netball ni ha. Tapi aku tak jumpe, so aku terpaksa pakai plan aku yang agak complicated ni.
 
Cara nak buat bola netball:
Firstly, aku kait bola biasa yang kosong. Aku pakai benang putih sebab senang nak sketch atas dia. Next, aku sketch corak bola netball atas bola putih tu. Then, aku buat tali air banyak-banyak, pastu tampal-tampal atas tu kemas-kemas. Ala-ala kolaj la.
 
Dan, jeng, jeng, jenggg~ jadilah......
 
SEBIJIK BOLA NETBALL YANG SANGAAATTT OMEEYYY MATA MEMANDANG **over plak aku ni**


 
Oleh sebab kerja-kerja menampal nampal ni leceh dan lama, untuk buat satu bola ni je pun dah makan 5 jam, itu kalau buat tanpa henti.
 
Okeyy, sekian sajaa ~
 
~6 Syawal 1433~