Sunday, 16 September 2012

Hikayat Aku Dengan Benang Kait

~BISMILAHIRRAHMANIRRAHIM~

Assalamualaikum :)

------A story about me and the yarns starts here------

Waktu tu, aku baru form 1. Waktu tu cuti bulan dua, cuti Thaipusam kalo tak silap. Mak tau aku suka bab-bab jahit ni, so dia keluarkan buku-buku lama dia.Tapi buku tu semuanya fotostat, sebab mak aku ni dulu bukannya orang senang, kalau nak beli buku semua kena fotostat. Ada dua buku, satu buku sulam-sulam (tapi bahasa Jepun la), satu lagi buku kait jarum satu (crochet).

Aku abaikan buku kait tu, sebab tak tau, tak reti, tak faham dan takde alatan pun. Buku kait tu semua cerita pasal cara nak buat alas meja, tapi dia tulis pakai carta. 

Arwah opah perasan aku pegang-pegang buku tu, even aku tak faham. 

Jiran sebelah aku ni pulak, pandai kait-kait, tapi lebih kepada perhiasan rumah macam chair-back, dan segala jenis alas. Dia ni jugak merupakan anak sedara opah aku, kiranya sepupu mak aku.

Tapi, aku tak pernah cerita kat makcik aku tu yang aku teringin nak belajar. Aku diam je.

Then, once upon a time, in the evening, makcik aku datang ziarah opah aku. Opah aku ni pula suka story mory lebih-lebih kat makcik aku. Then, opah aku mention pasal aku yang macam ada minat nak kait.

Makcik dengan semangatnya balik rumah, pastu bawakkan untuk aku benang warna oren dengan jarum kait bersaiz 3.

Jarum tu aku still simpan, even dah karat pun. Saje buat kenangan.

Waktu tu jugak dia ajar aku. Dia ajar yang asas-asas je, pastu dia ajar cara nak baca carta. Mula-mula kekok jugak nak buat benda ni; kejap kecik, kejap besar, lawak gila! Dalam sehari je, aku dah dapat faham yang asas, cuma tinggal nak practice lebih kasi mantap.

Lama-lama tu, mak aku bawak aku pergi beli benang kait, start detik tu lahh aku asyik beli benang kait kat kedai cina tu sampai sekarang. Kira pelanggan setia la~ Tapi tak sure la cina tu cam aku ke tak. Kalau dia cam mesti dia kasi aku murah. [Tapi dia tak pernah pun bagi murah]

Bila bawak pergi sekolah, sume macam minat. Ada orang suggest kat aku wat niaga sikit, buat duit tambahan.

Sebagai permulaan, aku wat keychain bunga, tapi aku tak taruk ring, just tambah loop je. Alhamdulillah, dapat jugak sambutan. Pada masa yang sama, aku tak suka cerita aku reti kait2 ni dikepohkan kat batch akak-akak yang lain. Malu tau! Aku suka jadi budak yang tidak diketahui, hehe **poyo sat~**

Mak aku la yang jadi penyumbang modal aku. Sampai mak aku sifatkan aku sebagai "peniaga yang tak keluarkan modal".

Bila naik form 2, aku dah ada improvement sikit. Ada member cakap kat aku, "ko try lak buat pouch". Aku try buat beberapa kali trial n' error. Pastu aku try masukkan handset mak aku. Seingat aku, customer pertama yang beli pouch handset tu adalah anak sulung makcik yang ajar aku tu, warna biru+pink+cream.

Waktu ni la aku makin gila kait, sebab keuntungan berlipat kali ganda. Cuma masa jela yang banyak kena luangkan.

Bila fikir balik, aku rasa benda macam ni boleh jadi hadiah. Tambah-tambah lagi aku ni jenis malas fikir nak bagi hadiah apa kat orang.

Aku sempat jugak bagi kat senior netball n' silat waktu tu. Kak Yann warna biru+cream, dapat waktu bufday dia. Kak Ika warna pink putih [aku main hentam je bagi dia warna feminin kat dia], dapat waktu bufday dia jugak. Kak Nana dapat warna hijau fluorescent+putih. Dia punya memang sakit mata tengok :D Kak Am punye warna ungu, aku bagi waktu bulan puasa. Kak Fasa ngan Kak Senot sama warna; biru+ungu+cream.

Antara deme 6 orang ni, Kak Am je aku bagi sendiri, yang lain tu aku suruh orang bagikan. Sebab, Kak Am ni duduk kat bilik ketua, bilik ketua mana ada orang sangat, so xde sape boleh kacau aku tanya-tanya pasal kait-kait ni. Aku suruh kawan aku yang bagikan kat akak2 yang lain ni sebab takut kawan2 deme yang lain tu tanya-tanya aku, susah aku nanti.

Seingat aku, antara cikgu yang terawal beli benda ni ialah Teacher My & Ustzah Hidayah; itupun aku terkantoi ngan dyorang :D

Bila aku naik form 3, mak aku tak kasi aku buat business lagi. Tapi aku still simpan benang sikit kalau-kalau nak buat hadiah emergency. Contoh, waktu result SPM 2010 nak keluar, aku manfaatkan benang aku yang saki baki tu buat uncang untuk Kak Maizah Yusaimi & Kak Amal Hayati.

Uncang pulak, aku dah tambah tassle kat tepi.


Habis PMR baru boleh mengait. Group aku langsung tak bagi aku buat pape pun kecuali mengait. Memang bosan tahap gaban la aku duduk kat bilik. Nasib baik ada orang temankan. Kadang-kadang tu aku mintak orang bacakan novel untuk aku. Haha ! Kesian Zahirah, dia yang bacakan novel VT untuk aku. Waktu ni, ada banyak gak rombongan cikgu buat. Sure2 aku takkan tinggalkan benang aku, mesti bawak dua tiga gulung. Aku ingat lagi, aku kait satu uncang atas Gunung Kledang, sambil tu lepaskan penat. Pergi memana pun aku akan bawak handbag aku yang penuh ngan benang tu. Kat bilik guru, aktiviti kat surau, sume la! Sampaikan ada satu hari tu ada spot check bag, memang kantoi la kena ngan cikgu. Cikgu check beg aku penuh ngan benang :D


Macam mana pulak aku terkantoi ngan cikgu-cikgu?

Ni semua cikgu Ana punye pasal. Ada satu senja tu, aku takde kat dorm. Aku tinggalkan kerja-kerja crochet aku atas katil akak bilik aku (akak bilik aku dah pindah bilik lain, kiranya katil tu kosongla). Tiba-tiba Cikgu Ana saje-saje datang ziarah kitorang ni. Pastu dia nampak benang-benang aku ni ha. Pastu dia tanya kawan-kawan aku, "sape wat ni?". Dyorang cerita la aku buat ni, buat tu, buat ni. Pastu dia nak tempah satu, dia kata esok pagi dia nak. Aku pun dapat cerita daripada roommate aku, aku pun buat la untuk cikgu malam tu.

Esok tu pulak, masa nak hantar uncang dia kat bilik guru [macam biasa aku akan bawak handbag benang aku], Cikgu Ana terkejut sangat sebab dapat cepat sangat, dia kata, "kamu buat dalam mimpi ke?". Aku cakap la, "cikgu kata nak hari ni, saya buat la malam tadi". Pastu cikgu hebohkan satu bilik guru perempuan. Wei, aku malu habis. Semua macam teruja.

Yang tak leh blah nye cikgu-cikgu semua keluarkan handset masing-masing, sume nye touch screen, mane leh lawan. Cikgu Ana try masuk handset dia kat dalam uncang tu, tapi macam ketat, susah sikit nak keluarkan balik. Cikgu Ain Othman cakap, "nanti tepon bunyik nanti tak sempat nak angkat!". Buat lawak lak cikgu ni. Tapi aku ada bagitau cikgu yang lama-lama nnty uncang tu jadi kembang. Waktu tu lagi seminggu je nak habis sekolah. Cikgu-cikgu ramai merungut kat aku sebab aku bagitau lambat-lambat. Haha, sori cikgu. Teacher Salwani lak, semangat gila nak tempah-tempah uncang, naseb baek aku ada bawak benang aku. "I want this pink, I want this pink !" Dia nak tempah warna merah macam tembikai, tapi warna tu nak habis. Sian teacher, tapi dy tak kesah pun.

Kalau kat surau takde slot, aku akan mengait sambil baring kat surau, berbantalkan beg benang aku tu. Awal-awal mengait rasa empuk sangat, dah hujung-hujung tu rasa kempis pulak beg aku.

Sepanjang aktiviti lepas PMR, aku dapat RM200.00, banyak tu.

Dan aku sempat ajar Hasyimah mengait. Dia lah anak murid aku yang paling berjaya mengait :D

Hujung tahun, kawan aku, namanya El-Balqis, cerita pasal amigurumi. Amigurumi ni macam mengait jugak, tapi dia kena taruk kapas dalam dia. Kiranya benda ni agak sesuai nak buat anak patung. Aku try buat amigurumi love, gambar profile blogger aku tu, tu lah love yang pertama aku buat merangkap amigurumi yang pertama aku buat. Tapi aku pakai kapas yang ada kat rumah je la. Tapi aku dah bagi kat Faizin, dia still simpan lagi love putih aku tu.

Ni la love tu~

Aku habiskan masa aku cuti sekolah study kait benda-benda baru.

Naik form 4, waktu cuti bulan 6, balik kampung kat Negeri Sembilan. Mak sedara aku ni suka benda-benda craft, tapi bukan mengait la. Dia ada kapas fibre. Aku ada mintak dia sikit, nak buat love kecik. Pastu dia lah yang perkenalkan kat aku butang-butang kecik, bunga-bunga kecik daripada kain felt, tampal-tampal benda-benda tu. Mak aku tau aku suka mende-mende tu, so bila balik Ipoh, pergi kedai kat Taman Soong Choon. Aku beli kapas fibre, butang sikit ngan bunga kain felt sikit. Sejak hari tu, aku agak kerap pergi kedai tu sebab nak topup barang-barang aku.


Tahun ni la aku banyak kait benda-benda pelik: aiskrim, topi omey, rama-rama, case botol, pensel, bola netball, bola volleyball, cupcake, bakul kecik, reben, renovate uncang jadi berpenutup. Itupun ada orang request nak buat pisang, kasut [dah la bdak laki yang mintak, heiisshh], bola takraw.

Tapi yang sebenarnya idea-idea nak buat benda baru tu pun sebab ada orang request. Tak pun, ada orang cadangkan. Aku tak kreatif mana pun, dyorang la yang menjana kreativiti aku. Aku just reti mengait :) tapi tak reti nak matching-matching warna.

Buat masa sekarang ni, aku rasa nak tutup tempahan, hanya terbuka untuk form 5 je. Sebab, exam nak dekat, lagi 2 minggu je. Dan rasanya tahun ni lah kot last mengait, sebab taon depan aku dah dapat ramalkan bahawa taon depan aku akan BUSY.

Sampai sekarang, kalau makcik aku yang ajar aku kait tu tengok aku mengait, dia akan senyum bangga+happy [aku rasa la >.<] Mana tak bangga, sebab ada jugak orang yang mewarisi dia punya ilmu, anak-anak dia pun tak dapat-dapat nak mengait, sebab dyorang tak minat.

Banyak benda aku belajar melalui kegiatan aku ni. Aku belajar bagi hadiah yang kita sayang, aku belajar pilih-pilih warna, aku belajar fokus [nak mengait kena fokus, kadang-kadang kena kira, silap kira kena buat balik], aku belajar kerjasama, aku dapat kenalan banyak [tak kesah senior or junior], ape lagi ek? Tapi dalam banyak-banyak benda, aku paling terkesan bila nak bagi barang yang aku kait kat orang, even orang tu bagi duit kat kita. Tapi aku try pujuk diri, kalau orang lain memiliki benda yang paling kita sayang, InsyaAllah dia akan ingat kita selalu. Huhu, sedih kot waktu bagi bola netball n' volleyball kat Kak Maizah n' Kak Yann, geram kot bila keychain baru yang bulat tu diserahkan kat tuan dia, rasa rindu dekat love putih yang ada kat Faizin. Banyak lagi benda yang aku rasa sayang nak bagi, sebab comel sangat. Tapi kena ingat trademark ---> Nak sebarkan kasih sayang melalui benang kait :) 

Tu je lah hikayat aku dengan benang kait. Satu hari nanti, kalau aku dah reti, aku nak buat perniagaan secara online pulak. Hehe :D

~29 Syawal 1433~

Reactions:

0 positive feedback: