Sunday 21 June 2015

Projek Kopiah Amal Palestin

Hai hai Assalamualaikum :)

Salam Ramadhan 1436 H.

Keadaan diri ini yang kerja sehari hari nya study, mengait main, candy crush, netballing dan beribadah membuatkan diri ini susah nak berkesempatan untuk update blog. Sebab kerja updating blog ni dalam kategori important but not urgent.

Kalau dah tak urgent tu, bertangguh tangguh pun takpe kan? hihi x)

Tersebutlah kisah, masa cuti sem lepas aku dapat offer mengait kopiah secara berjemaah untuk memenuhi tempahan Aman Palestin, tempahan kena siap sebelum puasa. 

Aku terima tawaran kak lina dengan hati eksaited kerana:

1. Aku tengah cuti sem
2. Kak lina kot yang offer, bukan aku yang cari dia, dia cari aku. FYI, kak lina ni famous sangat dengan kait kait kopiah ni. Antara otai malaysian crocheter. I feel honored to accept her task

Dipendekkan cerita, sorang kena kait 80++ kopiah dalam jangka masa kurang daripada dua bulan.

Setelah berjanji dengan dia, dan bermati matian mencari amure hook 2.3 mm, maka aku mulakan kerja dengan bismillah.

Cuti sem memang aku merempit buat kopiah je, sampai orang sekeliling aku dah bosan nengok teman ni hah. hahahaha. Deme tak kait deme yang jemu. Tak paham aku.

Team yang buat kopiah tu kebanyakannya terdiri daripada ibu ibu, yang kebanyakannya surirumah.

Kait kopiah banyak banyak ni memang terasa kena uji. Tapi takpe, la yukallifullahu nafsan illa wus'aha. Allah takkan menimpakan ujian kepada seseorang kecuali dengan kemampuannya.

Aku bujang lagi, takde suami anak nak kena jaga. Tapi aku student. Maka aku teruji dengan jadual jadual sebagai seorang student. Cuti sem boleh la siang malam tergolek golek dengan kopiah amal ni, tapi bila masuk sem baru, tambah pulak baru masuk undergraduate, tergolek golek aku dengan study quiz assignment lecture aaaaaaa (&^&*#$##!!!) *ttibe

Dan alhamdulillah, sepanjang projek ni berjalan takde satu hari yang jatuh sakit. Just sakit sakit tangan mengait. 

Aku tengok kalau kakak kakak yang lain, mereka ni teruji dengan kehidupan urusan seharian mereka: nak jaga anak anak, jaga makan suami, yang bekerjaya lagi. Peh peh memang perform la dyorang ni. Tepuk tangan *takde emoji tepuk tangan x)

Memang la kak Lina selalu kata kat fb: kalau ada problem cakap yee. Tapi aku taknak la cakap macam aku la paling teruk paling problem kat group tu. 

Sebab aku percaya: la yukallifullahu nafsan Illa wus'aha

Ada satu week tu memang aku stress gilerr, dah la aku tak reti nak expresskan ke stresan aku tu kat orang lain, sebab saya ni heartlesss orang nye, melancholic+sanguine. Plus with kuiz Physical Chemistry fail jawab haritu --'

Last-last mengadu kat sorang sahabat ni:

"weyy aku stress la masuk first year T.T"

Aku suka satu quote dia ni:
"Walau tipis mana pun probability, teruskan lawan dan berjuang....."

Memang kena dengan projek aku ni. Due date nak dekat. Aku tau kopiah tak boleh siapkan habis sampai tempoh due date tu. Tapi aku kena kait jugak, no matter what happens.

Dan akhirnya pada 12 Jun, siap lah kesemua 86 helai kopiah tu. Takbirrr :'D Pada weekend tu, aku main boling dua kali, sabtu + ahad. Banyak duit habis. Rasa macam victory pulak dah habis siap semua. 

Walaupun aku punya dah siap, tapi yang susah hati gila waktu tu adalah kak lina. 

Aku ummm tak mampu nak tolong dah. huhuhu. Tapi aku terpike susah hati dia tu macam mana ya, cam teruk jep.

Dia dah menaruh percaya kat orang yang dia pilih, tapi ada yang tak hantar langsung, ada yang tak siap. Macam macam ragamla. Aku nak join membebel kat group tu, aku orang paling muda, so aku baca je. Nanti ape pula deme kate.

Anyway anyhow, ada banyak benda la aku belajar daripada projek ni:
1. Aku tau kod warna yang paling sesuai untuk warna Gaza. Selama ni kait cover quran main taram je bubuh warna.
2. Aku belajar susun masa, walaupun yang sebenarnya everything dah kelaut
3. Tak lupa juga, aku belajar multi tasking. Sambil dengar lecture boleh kait kopiah. *ini tak bagus k
4. Yang paling penting, aku belajar untuk taat + wala' + tepati janji. Jangan jadi orang yang tak menepati janji

One more thing yang aku belajar:
Teringat lecturer pernah cakap: Negara akan collapse sebabkan kamu yang tak dengar cakap.
Kalau kita student ni still bermain-main, tak disiplin, tak reti urus masa, tak menepati janji, susah bekerjasama, nanti bila masuk alam pekerjaan runtuh syarikat tempat ko bekerja tu. haaa. Pengalaman mengait ni memang aku rasa la, kalau aku tak disiplin, kait kopiah main-main, aku merosakkan projek Aman Palestin sebenarnya. Projek Aman Palestin tu untuk orang-orang palestin, which is orang yang urgent untuk dibantu.

Tu je lah nak bebel bulan bulan puasa ni xD

Semoga Allah berkati urusan kopiah amal kita.

Sollu alannabiy

Ramadhan 1436 H

2 positive feedback:

Anonymous said...

Test test

Anonymous said...

test lagi