Monday, 10 December 2012

The Pencil :)

~BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

Assalamualaikum :)

Aku dah lama nak cakap pasal bende ni, tapi asek lupe.



Matching kan kan? Ahaks !

Benda ni aku buat bulan puasa. Mule2 tu tuan punye pensel ni nak mintak kait bentuk segi empat tepat panjang jee. Pastu bila dah taruk fibre, dy jadi silinder.

Pastu member cakap, "alang2 tu jadi pensel je lahh, kan comel gitu?"


Thanks to my friend sebab bagi idea nak wat pensel, huhu.

Ramai orang puji pensel ni sebab pensel ni comel, colourful !

Tuan punye pensel ni kire untungle sebab dapat pensel yang first aku kait, keh3.

Lepas raya, tuan pensel ni jumpa saya, dia bawak sekali ngan pensel dia letak kat beg :D matching pulak kan?

Dia jumpa saya sebab dia nak bayar duit bola kait, best sebab dia taruk dalam sampul duit raya yang paling dia sayang <3




Baru tadi aku dapat feedback dari tuan pensel ni.



Pensel tu jadi seri beg dia. Siap ngan nama dengan fakulti. 

Bila member dia tanye, automatik nama aku akan ditumpang sekali :D

-----------------------------------------------------------------

Pensel selalu di kontrol oleh tuan dia.
Kalau pensel tu ada orang yang kontrol, baru ada hala tuju dy nak tuleh ape
Kalau macam kita hamba Allah ni, kita selalu di kontrol oleh Allah
Baru tak sesat jalan, baru ada arah tujuan.

Hidup pensel ni selalu berada di genggaman tuan dia.
Hamba Allah selalu berada di tangan Tuhannya :)

Pensel ni ada macam-macam jenis
Ada 2B la, HB la, jenama faber castell la, campap la.
Macam-macam.
Walaupun pelbagai jenama,
tujuan dia diciptakan adalah satu: untuk menulis
Tapi yang membezakan antara pensel-pensel tu adalah kualiti
Ada yang cepat patah, tahan lama

Kalau kita manusia ni, ada macam-macam jenis orang.
Disebalik macam2 tuh, tujuan diciptakan satu: Hidup untuk beribadah kepada Allah
Yang membezakan kita adalah TAQWA

Di saat pensel ni megah sebab ketajaman mata pensel,
lama-lama mata pensel tu tumpul
Hidup kita ni macam roda, kejap naik, kejap turun.

Bila pensel tumpul, dia tegar menghadapi kesakitan daripada sharpener
Dan lepas tu pensel akan jadi gah semula
Kalau pensel tak tegar hadapi sharpener, dia akan patah semula.
Tanda pensel tu putus asa.

Bila manusia ni rasa down, dia akan menghadapi tekanan,
dan tekanan itulah yang membuatkan dia kuat kalau dia tegar hadapinya
Kalau tak kuat, putus asa lah namenye

Pensel ni selalunya digunakan untuk tuan dia menuntut ilmu
Tak kire la untuk homework ke, exam ke
Sampai tuan dia pandai.
Tapi bila pensel ni selalu digunakan, pensel ni pendek. 
Pastu dibuang
Ibarat habis madu sepah dibuang.
Walaupun dibuang, tapi tuan dia tetap pandai, hasil daripada tulisan pensel tu

~26 Muharram 1434~
Reactions:

0 positive feedback: