Sunday, 28 July 2013

Kunshan Profile

~BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

Assalamualaikum :)

Saje nak share, isu-isu dunia ni sekali sekala kena tahu jugak.

I would like to introduce to you about Kunshan, China. Terletak kat selatan Beijing. Kalau nak pergi Beijing dari Shanghai, kena naik bullet train 5 jam. Tau tak bullet train tuh berapa kelajuannye? 350km/h. Subhanallah laju gile tapi tak terasa apa2. Lajunya menyamai kereta sport kat litar Sepang tu.

Kalau dari KLIA, nak pergi Kunshan kena arrive dekat Pu Dong air port. Pu Dong ni cam nama sungai laa.

Aku pergi 8hb November 2012. Sejuk time tu, lebih kurang 18 degree. 


off to Kunshan !

Our tourist guide, Snow.


Dia yang cerita semua benda kat sini.

-----------------------------------------------------

China ni padat, tapi rasanya paling padat kat Beijing laa. Capital city of China is Beijing, but even Beijing is the capital city, Kunshan lagi tinggi kos hidup daripada Beijing. Hah, kenapa?

Kalau tak silap, sebab Kunshan ni tempat orang berdagang. Sir Chin kata macam Penang kat Malaysia la, dyorang kos hidup tinggi even bukan capital city, sebab perdagangan.

About jalanraya dyorang pulak. Jalannye banyak bertingkat-tingkat, kalau kat Beijing lagi dahsyat. Tak larat tengok tingkat-tingkat dah rupe kek je aku rasa, huhu.

Tapi masa first time tengok takde la nampak jam.

Pastu kalau tengok plat-plat kereta. Plat kereta ada beberapa warna, tapi yang aku ingat sangat warna biru la. Plat warna biru tu untuk kereta biasa. Kalau untuk lori dah lain pulak.

Pastu, kat tepi-tepi jalan mesti ade basikal sewa, warna hijau. Best gile! Rasa nak naik je.

haduhh, murabbiku -,-'

Kalau kat koridor-koridor tepi2 kedai, (koridor ke?) tempat tu memang untuk orang berjalan kaki atau tunggang basikal. Kalau maju sikit naik motor. 

So, jalan-jalan kaki tu janganla conquer jalan, tak pasal-pasal kena langgar ngan orang. 


Ni la contohnya. 

Yang aku perasan, penunggang motor apatah lagi basikal takde pun nak pakai helmet-helmet bagai. Tak payah susah2, dan semestinya takde mat rempit ataupun amoi rempit. 

Pasal lesen pulak, aku tak sure kalau kat Kunshan macam mana. Tapi kalau kat Beijing, seorang pemegang lesen mesti pegang satu kereta je, tak boleh ade dua. Sebab, tempat dyorang dah sesak, kire macam inisiatif kerajaan untuk kurangkan kepadatan penduduk la.

Aku rasa same je la kot ngan Kunshan.

Ok next, about their life.

Kunshan punye kos hidup lebih tinggi daripada Beijing. Kire Kunshan ni macam tempat orang-orang kaya laa. Kalau kat Beijing banyak je orang hidup susah.

Sebab tu orang kate kalau nak shopping, jangan shopping lagi kat Kunshan, shopping kat Beijing. Kat sana murah2 sikit.

Bila kos hidup tinggi, banyak la efeknya dalam hidup dyorang. Yang paling aku suke: dyorang tak pernah pun nak bercouple.

Haaa! Sebab ape? sebab kalo orang bercinta banyak pakai duit. Nak belanja nak beli hadiah lagi pastu topup kredit tanpa henti macam-macam la. Agak membazir laa dah la hidup dyorang mahal apatah lagi nak beli cinta yang mahal, huhu.

So, kalau kahwin, kahwin je laa. Kebanyakannya takde nak bercinta dulu.

Pastu, sebab kan penduduk padat, kerajaan limitkan sebuah keluarga ada sorang anak je. Sorang ke dua orang, tah aku tak ingat. Tapi kalau kat Beijing lain sikit, kalau non-muslim sorang je boleh, kalau family Muslim boleh la nak ada dua.

Kalau terlebih, kena bayar cukai. Susah ada anak lebih, dahla kena cukai, pastu kena tanggung dari kecik sampai besar. Udah le kos hidup mahal.

Dyorang paling suka dapat anak perempuan. Sebab, bile anak perempuan dah besar dan berkahwin, nanti mak ayah dia takkan tanggung anak dia lagi. Kurang la sikit beban hidup.

Penduduk Kunshan tak banyak pun orang Islam. Kat Beijing banyak. Susah sangat nak cari orang Islam, bahkan orang Kunshan pelik tengok kitorang bertudung bersolat. Sebab tak pernah tengok. 

Tapi pernah kitorang jalan2 kat Kunshan waktu malam, kitorang lapar gegile. Tibe2 jumpe la satu family Muslim ni, buat mee handmade. Tiap2 malam pergi situ, sebab tu je makanan yang kitorang boleh makan.


Comel gile baby tuh, huhu.

About languages.

Susah tol nak communicate, seb baik ada sir Chin, dia la tukang translator untuk kitorang. Bak kate sir Din: bagai itik bercakap ngan beruang.


Heh, susah3. Kebanyakan nye tak tau English, dan tak faham english. Kalau kite ni boleh tahan la lagi dengar org cakap boleh la catch up.

Kalau cam Nutty-Notty nak explain, buat demo je deme dah faham. Tapi kalau Green Matbakh susah sikit sebab kena explain banyak sikit. So, urusetia kitorang la yang tolong tulis2kn catatan untuk pengunjung baca dan faham.

Tapi, kalau dyorang nak bertanye, terpaksa la panggil sir Chin kat booth sebelah. 

Ada jugak yang tak reti english tapi nak jugak cakapp ngan kitorang. Peramah orang2 sini, just kasar sikit. Sampaikan ada sorang tu puji attire kitorang sebab tudung. Islam kan cantik, sampai non muslim pun puji cantik, even tak rety cakap ngan kitorang. Dia just mampu cakap, "beautiful"

Tapi, yang aku peliknye, kanak-kanak kat situ boleh pulak cakap2 english ngan kita. Tapi yang basic2 je la macam kanak-kanak kat Malaysia. 

Kalau kita tanye, "what's your name?". Kalau tak malu ngan orang in shaa Allah dy akan jawab.


Siap boleh buat kawan lagi. 

Pastu, ade pulak sorang cina ni, suka gila tengok booth Malaysia. Dia ni pun sama tak rety English, tapi dy ramah gak. Sebenarnya, dia pernah datang Malaysia, tapi tahu 3 perkataan ni je, "makan, tido, nimum" Dy memang pronounce terbalik, lawak3.

Yang aku perasan, Chinese suka ilmu. Aku agak la, dari cara dyorang. Bila dah tibe weekend, parents bawak anak-anak dyorang tengok exhibition. Dan, exhibition yang Kunshan anjurkan ni ada 4 hall besar. Satu hall ni pun tak habis round.

Mungkin sebab dyorang ni senang kot nak bawak, atenye dah anak sorang dua je, senang la nak control.

Masa aku ikut gi rombongan jalan2 Kunshan, ade sekali tu kitorang tak solat lagi. Pastu, cikgu Jaafar mintak break kat penganjur, dia memang bagi. Dyorang tunggu kitorang sampai habis solat.

Sangat menghormati, even solat tepi jalan pun. Siap tunggu kitorang depan bas. 

Bila dah habis exhibition kat Kunshan, kitorang gerak pergi Beijing. Kat sana laaagi la sejuk tahap gaban, cecak negatif kot!

Aku tak pernah merasa duduk kat peti ais. Huhu.

Ade la jugak nampak ais kat jalan-jalan. Tapi salji tak sempat la merasa. Takde rezeki. Salji kat ICity je laa.

Kat sini, macam duduk Malaysia je. Banyak orang Malaysia datang melancong. Jalan2 jumpa orang Malaysia. 

Kat sini jugak la banyak orang Islam, siap ada masjid-masjid. Senang jugak nak cari makanan halal. Tak la sesusah Kunshan.



So, kesimpulannye, jauh perjalanan luas pengetahuan. Sape yang suka travel tu, teruskan. Selagi ade duit, hehe. Amek ibrah daripada dunia.

Katakanlah: "Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Al-Ankabut: ayat 20

Some pics here:

 Team Malaysia !
UniMap, Taayah, Teknik Teluk Intan, Syed Putra Perlis.

Geng Nutty-Notty :)

 Erk -.-' Cg Fik!




 Great Wall of China maliii

Bird Nest Olympic Stadium

~20 Ramadhan 1434 H~



Reactions:

1 positive feedback:

nahunabila said...

wuuu bestnye pegi sampai ke China ! moga sentiasa sukses ye :) hee rindu sir din