Friday, 12 February 2016

Oreo Pie

Cuti 4 bulan ni, sahabat sahabat masing masing dengan kerjanya: ada yang mereput, ada yang bekerja, ada yang pergi kelas kemahiran, tak kurang juga yang stay di kampus ber event.

Ada sahabat saya buat oreo pie, tapi saya tak pernah try la x) huhu. Beliau dah list dah cara pembuatannya. Selamat mencuba :)
🔹🔹🔹🔹🔹🔹
Oreo Pie

🍪Bahan
1. Oreo - 4 paket
2. Butter - ¾ bar
3. Cream cheese - 2 bar
4. Whipped cream - 1 botol kecil
5. Coklat - 1 bar besar
6. Gula aising - 1 cawan

🔨Cara penyediaan

Layer A:
1. Hancurkan 2 paket oreo hingga halus
2. Panaskan butter hingga cair
3. Masukkan butter ke dalam oreo dan gaul hingga sebati
4. Letakan Layer A ke dalam bekas (sederhana kecil tapi tinggi)
➖➖➖➖➖➖➖➖
Layer B & C:
1. Campurkan cream cheese, whipped cream (secukup rasa) dan gula aising
2. Gaul hingga sebati dan bahagi kpd dua bahagian, B dan C
➖➖➖➖➖➖➖➖
Layer B:
1. Hancurkan 1 paket oreo hingga halus
2. Masukkan oreo ke dalam adunan tadi dan gaul hingga sebati
3. Letakkan Layer B ke atas Layer A
➖➖➖➖➖➖➖➖
Layer C:
1. Cairkan coklat dengan cara 'double boil' (macam kukus)
2. Campurkan coklat cair ke dalam adunan tadi dan gaul hingga sebati
3. Letakkan oreo (tidak hancur) ke atas Layer B sebelum letakkan Layer C
4. Taburkan oreo yg dihancurkan dgn kasar ke atas adunan
5. Masukkan ke dalam peti sejuk (bukan freezer) paling kurang 2 jam

p/s: 1) bahan² mudah dicari di pasaraya besar
2) jangan terkejut dgn harga, nak sedap kenalah melabur sikit

Reactions:

0 positive feedback: