Monday, 29 May 2017

Random #1

Bismillah,

Post kali ni pun hanya secebis refleksi yang ingin aku muntahkan. Tiada kaitan pun dengan kalian-kalian yang membaca. Mungkin berkaitan dengan stalker (perasan en)

Hidup semakin sukar. Walhal aku hanya berusia 21 tahun. Belum ada tanggungjawab kerjaya dan rumahtangga pun.

Aku cuma memikul secelup tanggungjawab ummah, tetapi aku sudah mula goyah, seakan seluruh dunia di bahuku sehingga aku tidak boleh lagi menapak dengan stabilnya.

Aku terfikir-fikir, bagaimana manusia-manusia hebat berjaya memanifestasikan istilah 'well-rounded' tanpa sedikit pun urusannya tercicir: akademik, usrah, taklifan dan seribu satu macam di kampus ini.

Kebelakangan ini aku cuba merujuk kepada Tuhan Yang Maha Tahu, dengan harapan dia mendengar segala rungutan dan songeh aku yang banyak dosa ini.

Susah macam mana pun, moga aku istiqamah dengan jalan ini, setajam mana pun kaca yang menaburi


Reactions:

0 positive feedback: