Monday, 20 March 2017

Mengembara Di Masa Lalu: Part 1

Bismillah

Coretan ini hanya refleksi tentang hidup aku.

Aku banyak belajar dengan duduk dan refleksi diri. Aku perlu menulis tentang refleksi. Apa yang aku lihat, apa yang aku fikir, apa yang aku rasa....

Tetapi malangnya aku berhenti menulis blog, menulis diari sejak aku masuk universiti. Sibuk, kata aku. Bukan sahaja sibuk, aku berasa aku berada di takuk lama dan susah move on bila kembali membelek kisah-kisah lama, terutamanya kenangan yang pahit-pahit.

Maka aku mengambil keputusan untuk berhenti menulis. Melupakan segala perasaan dan terus belajar.

Tapi aku mungkin silap.

Dulu masa zaman sekolah suka tulis diari, atau lebih kepada reflection writing, walau sesibuk mana pun. I think I learn a lot from this type of learning. And I lose my kind of learning recently.

Thanks to my lecturer Dr Tazli to make me writing again. It's a tool for me to learn, if not learning academically, learn about life. Tak rugi belajar ngn sir sepanjang satu semester.

Haih, panjangnya muqaddimah. Bukan ni aku nak cerita. Haha

--------------------------------------------------------

Tahun 2016, tahun mula akademik aku runtuh, moral dan semangat pun sedikit sebanyak meruntuh.

Kalau nak compare dengan zaman sekolah menengah, tahun 2016 ni tahun ke 3 kat universiti, umpamanya macam tingkatan 3 di sekolah.

Kalau direnung-renung semula, zaman tingkatan 3 tu memang zaman study aku merosot, semangat pun merudum. Kalau dulu zaman tingkatan 1 selalu dapat no 1 dalam kelas, pada ketika itu tidak lagi berlaku pada aku. Tetapi di hujung tahunnya aku bangkit dapat straight A PMR 2011, melayakkan aku untuk ke kelas aliran sains di tingkatan 4.

Dan yeah, di hujung tahun 2016 aku dapat flying colors sikit final exam semester tersebut. Umm, boleh la.

Aku masih ingat lagi,
Pada musim cuti panjang selepas tamat tingkatan 3, aku mula untuk proses recovery, banyak bercerita dengan kak yann pada ketika itu; my hesitation towards my netball team especially. Seakan-akan aku tidak menerima apa yang terjadi. Ah, tak matangnya aku, pentingkan diri sahaja. hahahaha.

Aku masih ingat lagi,
Ketika aku menapakkan kaki pada tahun 2012, aku mula untuk belajar bersungguh-sungguh, semua demi melihat agama Islam tertegak dengan caraku. Apa kaitan belajar dengan agama ni? Pada ketika itu, aku berfikir, kalau aku rajin belajar, aku dapat jadi golongan professionalist yang bukan sahaja professional pada kerjaya semata, bahkan kepada umat Islam juga. Itulah motivasi aku.

Sementara itu, hubungan aku dengan teammates aku diperbaiki lantas diperkasa, ketepikan semua sentimen perasaan dan emosi demi membentuk team yang kuat, bahawa budak sekolah agama perform dalam aliran sukan juga, walaupun bertudung labuh.

Kemuncak pada tahun 2012, aku menyaksikan banyak miracle dalam hidup: konflik dengan diri sendiri yang menjadi Young Scientist, ditawarkan untuk mewakili negara ke China membawa Nutty-Notty kebanggaan Taayah, dapat no 1 dalam kelas despite of the biziness and mumtaz thanawi.

Bukan senang nak mumtaz thanawi. No 1 dalam kelas pun tak senang.

Aku masih ingat lagi,
Betapa ketika itu aku merasakan; nikmat TuhanMu mana yang engkau mahu dustakan?

Sebentar tadi, ketika aku menguruskan diri selepas mandi, aku teringat dahulu kak yann pernah tanya aku;
kau no 1? kau buat apa? aku nak nasihat kau
Jujur, aku tak mampu nak recall apa jawapan aku pada dia. Menandakan aku sudah hilang identiti aku dalam jawapan itu.

Makanya tadi, aku buka fb messenger di laptop, gigih scroll perbualan itu. Aku jumpa.

Maka hari ini aku mahu listkan;

1. Pergantungan kepada Allah. Bila kita sibuk dengan urusan dunia, Dia lah tempat bergantung untuk kita teruskan hidup
2. Beringat selalu diuji dengan kesenangan
3. Berkat doa orang lain; berbaik dan tolong makhluk lain, kelak mereka mendoakan kita 
4. Ajar orang lain; Learning at the peak bila kita ajar orang lain

I am relearning.

Sometimes, past experience is a good teacher. Some of them we forget. Luckily I wrote them down in my diary.

So 2017 is equivalent when I was in form 4. I hope the miracle reoccurs macam dulu.

Way forward, aku nak belajar semula kehidupan dulu. Dengan membelek semula diari lama

Adios
Reactions:

0 positive feedback: